Personaliti media sosial, Dahlia Rizal mengakui kini lebih selesa berpakaian longgar selepas mengalami perubahan bentuk tubuh badan susulan kelahiran anak.
Artikel Berkaitan: Imran Aqil Ucap Tahniah, Tumpang Bahagia Radin ‘Official’ Jadi Abang Ipar – ‘Selamat Datang Ke Keluarga Kami’
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Dilabel Over Selepas ‘Upload’ Perkembangan Anak – ‘Saja Kongsi Pun Nak Jadi Joykiller Ke?’
Badan dah tak sama

Kata Dahlia, walaupun berat badannya normal, dia tetap memilih untuk memakai pakaian bersaiz besar kerana perubahan fizikal selepas bersalin.
Menurutnya, selepas bersalin ramai wanita sedar bahawa tidak semua bahagian badan akan kembali seperti dahulu.
Berat saya masih 60kg. Betul, saya ambil saiz besar sebab saya rasa siapa yang lepas beranak boleh faham bab badan kita kadang-kadang walau kurus macam mana pun, ada bahagian tertentu takkan kembali macam dulu.
Sesetengah bahagian akan kekal besar, sebab itu saiz XL masih muat untuk saya, walaupun seluar dan baju saya biasanya pakai saiz L atau XL.
Dalam pada itu, Dahlia berkata dia menerima perubahan tersebut sebagai sebahagian daripada perjalanan menjadi seorang ibu.
Saya tak pernah ubah suai sebab malas. Namun begitu, saya tetap menyayangi tubuh saya yang sekarang.
Perkongsian itu kemudian menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya turut bersetuju dengan pendapat Dahlia.
Netizen setuju


Sumber: Threads
The post Berat 60 Kg, Dahlia Rizal Lebih Selesa Pakai Pakaian XL – ‘Ada Sesetengah Bahagian Badan Takkan Kembali Macam Dulu’ first appeared on OHBULAN!.





