28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan Panik! Ini Langkah Mudah Tuntut Insurans Kenderaan Akibat Banjir

    Shopee Sale

    Banjir kerap menjadi ujian bagi pemilik kenderaan dan kerosakan akibat air boleh menimbulkan kerugian besar. Terdapat prosedur tertentu yang perlu diikuti untuk menuntut insurans kenderaan dengan betul dan memastikan pemilik kenderaan mendapat pampasan sewajarnya.

    Artikel Berkaitan: Banjir: Rumah Syahmi Sazli Di Kota Bharu Naik Air, Netizen Titip Doa – ‘Semoga Dipermudahkan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahrol Shiro Dedah Isteri Terkandas Di Hatyai Akibat Banjir – ‘Hujan Makin Lebat, Jalan Ditutup’

    Penting adanya insurans

    Bencana banjir bukan sahaja menjejaskan rutin harian, malah boleh menyebabkan kerosakan serius pada harta benda, termasuk kenderaan. Bagi pemilik kereta yang terlibat, kerosakan tersebut sering menjadi beban tambahan yang perlu ditanggung.

    Memiliki perlindungan insurans yang sesuai amatlah penting. Namun, tidak semua polisi insurans kereta menyediakan perlindungan banjir secara automatik.

    Perkara paling utama sebelum melakukan sebarang tuntutan ialah dengan memastikan polisi insurans anda mempunyai ‘Special Perils’, iaitu sebuah perlindungan terhadap bencana alam seperti banjir, ribut dan lain-lain.

    Jika perlindungan ini tiada, kebiasaannya tuntutan tersebut tidak dapat diproses.

    Seterusnya, ambil gambar kereta yang tenggelam termasuk paras air, bahagian dalam dan luar, komponen enjin, serta nombor plat kereta.

    Bukti secara visual ini sangat penting untuk menyokong tuntutan insurans kenderaan anda.

    Kebanyakan pemilik kenderaan akan mula berasa panik dan cuba menghidupkan kereta selepas banjir melanda. Namun tindakan ini boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk dan sekali gus, menjejaskan tuntutan kerana dianggap ‘negligence’.

    Seeloknya, selepas kejadian biarkan kenderaan anda dalam keadaan sedia ada sehingga dinilai oleh pihak insurans.

    Langkah seterusnya, laporkan kejadian tersebut kepada penyedia insurans secepat mungkin dan maklumkan dimana lokasi kereta, tahap kerosakan dan situasi banjir yang melanda.

    Dalam pada itu, syarikat insurans menyediakan perkhidmatan ‘towing’ secara percuma sekiranya dilindungi dalam polisi.

    Anda juga perlu membawa kenderaan ke bengkel panel insurans bagi tujuan pemeriksaan dan pembaikan. Jika terpaksa menunda sendiri, pastikan resit disimpan untuk tuntutan semula.

    MENARIK:  Netizen Luah Rasa Kesal, Dakwa Yoo Jae Suk Lap Lantai Gara-Gara Bumbung Bocor?

    Berikan laporan ringkas

    Selain itu, pastikan semua dokumen penting disediakan bagi memudahkan proses tuntutan. Biasanya, syarikat insurans akan meminta gambar atau video semasa kejadian, salinan kad pengenalan dan lesen memandu, salinan geran kenderaan, salinan polisi insurans, serta borang tuntutan yang lengkap diisi.

    Anda juga diminta memberikan laporan ringkas tentang bagaimana kejadian berlaku. Dalam beberapa kes, syarikat insurans mungkin meminta laporan polis sebagai dokumen sokongan.

    Setelah dokumen lengkap diterima, pihak insurans akan menghantar seorang adjuster untuk menilai tahap kerosakan pada kenderaan.

    Pihak adjuster akan memeriksa sama ada kenderaan masih boleh dibaiki atau kerosakannya terlalu teruk sehingga perlu diisytiharkan sebagai ‘total loss’. Penilaian ini menentukan jumlah kos pembaikan atau nilai pampasan yang layak diterima.

    Selepas penilaian selesai, syarikat akan memproses kelulusan tuntutan. Jika kereta masih boleh dibaiki, kos pembaikan akan ditanggung mengikut syarat polisi.

    Namun, jika ia diisytiharkan sebagai total loss, anda akan menerima pampasan berdasarkan nilai pasaran semasa kenderaan. Proses ini mungkin mengambil sedikit masa bergantung pada tahap kerosakan dan semakan dokumen.

    Sepanjang proses tuntutan, disarankan untuk menyimpan semua resit yang berkaitan seperti resit towing, resit pembelian bateri baharu atau perkhidmatan kecemasan.

    Hal ini kerana ianya penting untuk membolehkan membuat tuntutan bayaran semula jika ia dilindungi oleh polisi insurans.

    Akhir sekali, pemilik kenderaan perlu sentiasa memantau perkembangan tuntutan dengan menghubungi syarikat insurans atau bengkel dari semasa ke semasa.

    Proses ini biasanya memakan masa antara dua hingga empat minggu, namun ia boleh menjadi lebih cepat jika semua maklumat dan dokumen lengkap daripada awal.

    Sumber: Negara.MY

    The post Jangan Panik! Ini Langkah Mudah Tuntut Insurans Kenderaan Akibat Banjir first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah