24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Babyface Gegar Pentas Malaysia Pada 30 Oktober, Tiket Dijual Bermula 7 Ogos Ini

    Shopee Sale

    Penyanyi, penulis lagu dan komposer R&B tersohor dunia, Babyface bakal menghiburkan peminat tempatan menerusi konsert istimewa berjudul Babyface: Greatest Hits Concert Live in Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung pada 30 Oktober 2025 bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor.

    Konsert Babyface

    Babyface atau nama sebenarnya Kenny Edmonds, 66, merupakan pemenang 13 trofi Anugerah Grammy dan dikenali sebagai antara nama paling berpengaruh dalam industri muzik R&B. 

    Seiring dengan pengumuman konsert The Babyface Greatest Hits, jualan tiket pra-jualan khas untuk pemegang kad Mastercard telah pun dibuka dan akan berlangsung sehingga Khamis, 7 Ogos jam 11 pagi. 

    Manakala jualan tiket umum pula akan bermula pada hari yang sama iaitu Khamis, 7 Ogos pada jam 12 tengah hari, dan hanya boleh didapati menerusi laman rasmi http://www.golive-asia.com. 

    MENARIK:  "Saya Merangkul Tanggungjawab Mereka Tanpa Ragui" - Rita Rudaini

    Tiket dijual bermula harga RM298 (Bronze), RM398 (Silver), RM498 (Gold), RM598 (Platinum), RM888 (Diamond) dan RM1288 ( pakej VIP Meet & Greet.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Babyface Greatest Hits Concert Live in Kuala Lumpur, sila layari laman web

    Bagi peminat tegar muzik R&B, ini adalah peluang sekali seumur hidup untuk menyaksikan sendiri persembahan seorang legenda yang telah membentuk irama dan emosi muzik selama lebih tiga dekad. 

    Selain Malaysia, Konsert The Babyface Greatest Hits turut akan bertemu peminat di Indonesia dan Filipina.

    Tiket dijual bermula esok

    View this post on Instagram

    A post shared by PR Worldwide Sdn Bhd (@pr_worldwide)

    The post Babyface Gegar Pentas Malaysia Pada 30 Oktober, Tiket Dijual Bermula 7 Ogos Ini first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah