24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar arah MARA, UDA potong sewa bagi kurangkan kos peniaga kecil

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kadar sewa premis perniagaan milik semua agensi kerajaan Persekutuan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UDA Holdings Bhd diturunkan mulai bulan ini bagi membantu peniaga kecil mengurangkan kos operasi.

    Beliau berkata langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan dalam membantu peniaga dan penjaja yang turut terkesan akibat krisis bekalan global ketika ini.

    “Kebanyakan kedai ini dimiliki oleh syarikat atau agensi kerajaan seperti MARA dan UDA... mulai bulan ini, kadar sewa di semua premis perniagaan mereka akan dikurangkan, dan perinciannya diumumkan mengikut daerah dalam masa terdekat,” katanya pada Sidang Media Krisis Bekalan Global di Putrajaya hari ini.

    Anwar juga berkata meneladani inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah menurunkan kadar sewaan premis miliknya, beliau menyeru agar semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk mengambil pendekatan sama mulai bulan ini.

    MENARIK:  Polis tahan 13 warga Nepal cuba merusuh di jalan raya Teluk Intan

    “Ini memang di bawah bidang kuasa PBT dan kerajaan negeri namun saya menggesa supaya ia dilaksanakan segera bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh peniaga dan penjaja,” katanya.

    Perdana Menteri berkata inisiatif itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) selepas kerajaan mengambil kira keluhan peniaga kecil ketika beliau turun padang minggu lepas.

    “Minggu lepas sebelum solat Jumaat, saya ke sebuah gerai di Rawang dan mendengar sendiri keluhan seorang peniaga mengenai peningkatan kos barangan.

    “Walaupun peningkatan itu dilihat kecil, ia berlaku setiap minggu dan akhirnya memberi kesan besar kepada perniagaan mereka.

    "Perkara ini kemudian saya bawa ke MTEN bersama isu lain yang berkaitan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah