Dua figura hebat dari dua negara serumpun, Azharina Azhar dari Malaysia dan Nana Karia dari Singapura, bersatu menerusi sebuah karya istimewa yang berjudul ‘Biar Gambar Berbicara’.
Artikel Berkaitan: Azharina Azhar Maafkan Individu Dakwa Daniesh Suffian Sebagai ‘Anak Ikan’ – ‘Yang Penting Suara Dia Sedap’
Artikel Berkaitan: Azharina Wakil Anak Seni Di Pentas ‘1st ASEAN Women’s Conference’, Mahu Angkat Martabat Wanita
Gabungan kontemporari Pop, Jazz & Soul

Karya ini menggabungkan kolaborasi yang eksklusif dengan lagu Kontemporari Pop, Jazz dan Soul yang sarat dengan makna di sebalik emosi.
Gandingan ini bukan sekadar projek muzik biasa, tetapi lahir daripada kisah perjalanan, kepercayaan dan rasa yang sudah terjalin sejak tahun 2016.
Bila Nina cakap dia nak kolaborasi, saya terus rasaada sesuatu yang kuat dalam lagu ini. Saya dengar demo lagu ini, saya terus jatuh cinta.
Rasa macam lagu ini memang ditulis untuk saya.
Pertama kali kami bertemu secara bersemuka pada Disember 2023 di Kuala Lumpur dan dari situ lah semuanya berjalan dengan lancar.
Lambang keyakinan

Demo lagu ini dihantar pada Mac 2024 dan proses rakaman berlangsung dengan lancar hasil daripada hubungan erat yang telah lama terjalin antara mereka.
Lebih menarik lagi, muzik video rasmi dirakam di lokasi yang penuh mewah iaitu di Mandarin Oriental Kuala Lumpur dan menambahkan elemen dramatik serta elegan kepada visual lagu ‘Biar Gambar Berbicara’.
Saya percaya kalau ada kemahuan, pasti ada jalan. Kami melalui pelbagai proses, dari jarak jauh sehinggalah dapat bersatu dalam studio.
‘Biar Gambar Berbicara’ merupakan lagu yang berbentuk realiti kehidupan yang dilalui oleh semua manusia.
Saya sangat terharu dapat bekerjasama dengan Azharina, seorang penyanyi yang saya kagumi sejak dulu.
Lagu ini benar-benar dekat di hati kami berdua.
Lagu ini merupakan hasil ciptaan oleh Nana sendiri, manakala lirik ditulis oleh Faizal Sapuan. Penerbitan pula digerakkan dengan gabungan tenaga kreatif Jebon Osman, Azharina serta kerjasama produksi antara Azharina Entertainment dan Soulitaire Production.
‘Biar Gambar Bicara’ dilancarkan secara rasmi pada 31 Oktober 2025, dan boleh didengari di semua platform penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox dan YouTube Music. Muzik video rasmi akan dilancarkan pada 17 November.
The post Azharina Azhar & Nana Karia Bergabung Dalam Single ‘Biar Gambar Berbicara’ first appeared on OHBULAN!.





