34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adakah Anak Anda Menunjukkan Simptom Ini? Kenalpasti Segera Tanda-Tanda Awal Kanser Kanak-Kanak

    Shopee Sale

    Kanser dalam kalangan kanak-kanak merupakan isu kesihatan yang memerlukan perhatian serius kerana melibatkan golongan yang masih kecil dan sedang membesar. Walaupun tidak seperti kanser dalam kalangan golongan dewasa, namun impaknya sangat besar dari segi fizikal, emosi dan sosial.

    Artikel Berkaitan: 10 Tabiat Harian Yang Boleh Menjadi Punca Penyakit Kanser Tanpa Kita Sedari

    Artikel Berkaitan: Amyza Aznan Ralat Tiada Di Sisi Andre Mikhail Ketika Hembus Nafas Terakhir – ‘Ramadan Ini Sangat Perit’

    Tanda-tanda kanser

    Justeru itu, kesedaran awal, pengesanan pantas, dan rawatan yang berkesan amat penting bagi meningkatkan peluang sembuh serta kualiti hidup mereka.

    Terdapat pelbagai jenis kanser dalam kalangan kanak-kanak, dan setiap satu biasanya menunjukkan tanda serta gejala yang berbeza. Proses diagnosis juga boleh menjadi mencabar kerana kebanyakan simptom yang muncul sering menyerupai penyakit biasa yang dialami oleh kanak-kanak, sekali gus menyukarkan pengesanan awal.

    Berikut adalah antara tanda-tanda atau simptom yang boleh dikenalpasti.

    • Demam yang berpanjangan dan tidak dapat dijelaskan
    • Berpeluh pada waktu malam
    • Ketulan dan benjolan yang tidak dapat dijelaskan
    • Pucat yang luar biasa
    • Muntah yang berterusan
    • Penurunan berat badan
    • Rasa letih sepanjang masa tanpa sebab
    • Batuk yang berpanjangan atau sesak nafas
    • Sakit perut atau bengkak yang tidak hilang, atau saiznya semakin membesar
    • Sakit kepala yang teruk, terutamanya jika alami muntah pada awal pagi
    • Lebam yang tidak dapat dijelaskan atau titik merah atau ungu kecil, mudah lebam atau pendarahan berpanjangan
    • Sakit tulang atau pada bahagian belakang yang tidak hilang sehingga mengejutkan anak anda pada waktu malam
    • Perubahan dalam penampilan mata atau pantulan mata
    MENARIK:  Boss Ned Kongsi Nasihat Untuk Kaum Suami Jaga Pernikahan – ‘Menyayangi Isteri!’

    Sekiranya anak anda menunjukkan mana-mana simptom tersebut, segera dapatkan pemeriksaan daripada doktor atau pakar pediatrik.

    Jika selepas penilaian didapati terdapat tanda-tanda yang mencurigakan ke arah kanser, doktor akan merujuk anak anda kepada pakar hematologi dan onkologi kanak-kanak untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.

    Dalam situasi kecemasan pula, bawa anak anda ke jabatan kecemasan dengan segera bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

    Sumber: Sunway Cancer Centre

    The post Adakah Anak Anda Menunjukkan Simptom Ini? Kenalpasti Segera Tanda-Tanda Awal Kanser Kanak-Kanak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah