34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Enam pakar bakal dipanggil oleh peguam ibu Zara Qairina

    Shopee Sale

    Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa peguam yang mewakili ibu Zara Qairina Mahathir akan memanggil enam saksi pakar dalam prosiding inkues kes berkenaan.

    Datuk Rizwandean M. Borhan memberitahu mahkamah, antara saksi pakar yang akan dipanggil ialah Dr Linthini Gannetion, Dr Tay Eue Kam dan Dr Dzulkiflee Ismail yang juga pakar tulisan tangan dan pemeriksa dokumen, selain Dr Wan Nur Syuhaila Mat Desa sebagai pakar sains forensik.

    Beliau berkata pihaknya juga bercadang memanggil pakar psikologi kanak-kanak Dr Noor Aishah Rosli serta pakar psikiatri Dr Wong Haw Huo, selain beberapa saksi lain, termasuk ahli keluarga Zara Qairina.

    Ketika ditemui pemberita, Rizwandean berkata Pakar Perunding Psikiatri Forensik Dr Chua Sze Hung yang sebelum ini memberikan keterangan sebagai saksi ke-67 pada 2 April, akan dipanggil semula dalam prosiding inkues pada Mei nanti.

    “Selepas saksi ke-70, Dr Chua akan dipanggil balik sebab kami belum lagi menyoal beliau. Selepas itu, kami akan memanggil expert (pakar) kami. Ini adalah kali pertama kami akan memanggil expert kami. Kami sudah inform (memaklumkan) Hakim Koroner dan ada kemungkinan besar 10 atau 11 (saksi),” katanya kepada pemberita hari ini.

    MENARIK:  RHB IB semak turun unjuran KDNK susulan tekanan tarif Trump

    Dalam prosiding hari ini, saksi ke-70, juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Mohamad Zaidi Abu, mengemukakan beberapa imej perbualan WhatsApp yang diekstrak daripada sebuah telefon bimbit berlabel WF11 di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

    Beliau turut memaparkan kandungan perbualan itu di mahkamah bagi memberikan gambaran mengenai data yang diperoleh daripada perananti berkenaan, selain menjelaskan proses pengekstrakan serta analisis yang dijalankan ke atas bahan bukti digital itu.

    Bagaimanapun, keterangan saksi ke-70 yang sedang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Sofia S Sawayan masih belum selesai, dan akan disambung dalam prosiding seterusnya.

    Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira 4 pagi.

    Pada 13 Ogos 2025, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis. Terdahulu, pada 8 Ogos 2025, agensi itu turut mengeluarkan perintah menggali semula kubur Allahyarham bagi membolehkan bezah siasat dijalankan.

    Prosiding inkues bersambung pada 18 Mei.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah