27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Ibu Anak-Anak Tiri Masih Ada, Buat Apa Saya Nak Kena Jaga?’ – Azar Azmi

    Shopee Sale

    Pelakon, Azar Azmi tampil bersuara mengenai kenyataan yang mengelirukan melibatkan anak-anak tirinya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi Dedah Setuju Kahwin Dengan Suami Tanpa Bercinta – ‘Saya Hanya Serah Hati’

    Artikel Berkaitan: Azar Azmi Sebak Dihubungi Janna Nick, Perjelas Aliff Syukri Hanya Bantu Cari Pendapatan – ‘Buat Live Bukan Ada Niat Tak Baik’

    Tak jaga anak tiri

    Ketika ditemui , pemilik nama Siti Azar Ameerah Azmi, 37, menegaskan tujuh orang anak tirinya berada di bawah jagaan ibu kandung mereka.

    Katanya, dia kini hanya menjaga kedua anaknya hasil perkongsian hidupnya bersama suami.

    Ya, semua anak tirinya ada dengan ibu mereka. Lagipun, siapa yang keluarkan kenyataan yang cakap saya jaga mereka semua? Tidak.

    Anak tiri semua di bawah tanggungan ibu kandung mereka sendiri. Yang saya jaga hanyalah anak saya sendiri. Ibu mereka masih ada, buat apa saya nak kena jaga?

    Azar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Media Prima di Balai Berita pada petang Khamis.

    Pada masa yang sama, pelakon drama Nur 2 itu turut menyangkal dakwaan yang mengatakan dia menjadi punca keretakan rumah tangga antara suaminya, Mohd Apri Hazreen, dan bekas isteri.

    MENARIK:  ‘Tujuh Filem Yang Bolos Dalam Kategori Filem Terbaik, Kami Nampak Ada Peningkatan Dari Segi Kualiti & Saingan’ – CEO FINAS

    Katanya, dia berkenalan dengan suaminya selepas mereka bercerai dan tidak pernah bercinta.

    Saya memang kenal suami saya selepas mereka berpisah. Saya dan suami pun tidak pernah bercinta sebab dia terus berseloroh untuk mahu berkahwin dengan saya. Kemudian perkara itu menjadi serius.

    Dan kami bernikah pada 2021 dan sekarang ini mempunyai dua cahaya mata lelaki berumur tiga dan empat tahun.

    Dalam pada itu, Azar berkata dia tidak mahu mengambil pusing dengan apa yang dikatakan netizen kerana sudah menjelaskan perkara sebenar.

    Untuk orang yang kata bukan-bukan itu, terpulanglah pada mereka nak cakap apa. Kalau saya tegakkan, terangkan pun, mereka akan cakap yang saya ini pelakon. Mampu untuk berlakon.

    Terpulang nak percaya atau tidak, hanya orang yang tahu sahaja akan percaya. Saya tidak perlu nak ambil serius terhadap pandangan mereka.

    Untuk rekod, Azar dan Mohd Apri sah berkahwin pada 2021. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang kini masing-masing berusia tiga dan empat tahun.

    The post [VIDEO] ‘Ibu Anak-Anak Tiri Masih Ada, Buat Apa Saya Nak Kena Jaga?’ – Azar Azmi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah