32.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Pergi Casting Walaupun Tawaran Berlakon Sudah Ada, Tak Ada Istilah Guna Kabel Ayah’ – Putri Aleeya

    Shopee Sale

    Pelakon, Putri Aleeya Anatsha menegaskan bahawa penglibatannya dalam industri seni bukanlah bergantung kepada nama bapanya, penyanyi Datuk Awie, sebaliknya dia turut melalui proses seperti menghadiri sesi uji bakat.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Awie Bangga Dua Anak Genggam Ijazah – ‘Jangan Rasa Selesa, Kalau Boleh Saya Nak Mereka Lanjutkan Pelajaran Lagi’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Awie Sambut Aidilfitri Sederhana, Giliran Anak-Anak Beraya Dengan Kedua Bekas Isteri – ‘Saya Rasa Sedih..’

    Tidak guna ‘kabel’

    Ketika ditemui , Putri, 26, berkata walaupun menerima peluang melalui kenalan bapanya, dia tetap memilih untuk membuktikan kemampuan lakonannya di hadapan pihak produksi.

    Tambahnya lagi, dia sendiri mengakui bahawa sekiranya tidak mempunyai bakat atau mempamerkan prestasi yang lemah, sudah tentu tiada pihak yang akan mengambilnya untuk berlakon.

    Mungkin saya ada rezeki dalam industri ini.

    Saya boleh cakap saya juga melalui proses yang sama.

    Saya pun pergi casting walaupun tawaran itu sudah ada dan datang daripada rakan ayah saya.

    Bukanlah orang tawarkan satu karakter, saya terus dapat.

    Mereka tetap akan tengok macam mana saya berlakon dan bawakan watak yang diberi.

    Saya masih baharu dan belum pernah muncul di mana-mana televisyen.

    Kalau saya berlakon kayu, sudah tentu tiada orang nak ambil.

    Jadi nak cakap saya guna kabel, bagi saya tak ada istilah itu dan tidak semuanya boleh guna kabel.

    Putri berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana drama Dorm 403 di Rasta Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Rabu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Allah Tarik Nikmat Kebahagiaan Bersama Arwah, Digantikan Dengan Abang Khairul’ – Ina Naim

    Didikan ayah

    Berkongsi lanjut, Putri berkata bahawa didikan bapanya banyak menekankan aspek adab, cara membawa diri serta disiplin, terutamanya untuk kekal relevan dalam industri.

    Sebagai anak saya tahu ayah saya sangat pentingkan adab, cara bawa diri dan disiplin.

    Perkara kecil macam itu pun ayah saya sangat titik beratkan sebab kita bekerja dengan orang.

    Perkara itu perlu dijaga kalau nak kekal lama dalam industri atau di mana-mana tempat kerja.

    The post ‘Saya Pergi Casting Walaupun Tawaran Berlakon Sudah Ada, Tak Ada Istilah Guna Kabel Ayah’ – Putri Aleeya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah