Pelakon dan pengacara, Sheila Rusly berkongsi pengalaman mengejutkan yang berlaku di kawasan kediamannya, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Mencacatkan Rasa..Tak Faham Kenapa Open House Guna Pinggan Plastik Jadi Isu’ – Sheila Rusly
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bila Datang Dari Broken Family, Sebaik-Baiknya Saya Akan Jaga Keluarga’ – Sheila Rusly
Jiran Sheila Rusly rupanya perompak

Menerusi hantaran di Threads, Sheila mengakui tidak menyangka rumah yang didiami di kawasan terkawal rupa-rupanya dihuni individu yang terlibat dengan aktiviti jenayah.
Lebih mengejutkan, individu yang dipercayai perompak itu merupakan jiran di hadapan rumahnya sendiri.
Kejadian malam tadi. 12 tahun duduk gated dan guarded residential baru tahu depan rumah yang kawasan kau rasa paling selamat rupanya dihuni perompak sewa.
Bagaimanapun, Sheila tidak memperincikan kejadian sebenar yang dimaksudkan.
Komen netizen

Sumber: Threads Sheila Rusly
The post ’12 Tahun Tinggal Di Sini, Baru Tahu Jiran Depan Rumah Rupanya Perompak Yang Menyewa’ – Sheila Rusly first appeared on OHBULAN!.





