34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr M: Awak percaya Trump cakap perang tamat tak lama lagi?

    Shopee Sale

    Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan dakwaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bahawa peranang melibatkan Iran dan Amerika Syarikat akan berakhir dalam masa terdekat.

    “Perang Iran-AS akan tamat tidak lama lagi, kata Trump.

    "Awak percaya dia," sindir Mahathir pada hantaran di media sosial yang disertakan klip meme Trump menari, tersenyum dan bertepuk tangan.

    Ini selepas Trump dilaporkan menyatakan keyakinan bahawa satu perjanjian boleh dicapai tidak lama lagi bagi menamatkan peranang Iran.

    Trump dipetik Reuters hari ini mendakwa pertemuan seterusnya antara Amerika Syarikat dan Iran mungkin berlangsung hujung minggu ini, dan lanjutan gencatan senjata dua minggu juga berkemungkinan, namun mungkin tidak diperlukan kerana Tehran mahu mencapai satu perjanjian.

    Donald Trump juga dipetik Reuters berkata peranang itu “sepatutnya akan berakhir tidak lama lagi”.

    Sebelum ini, Mahathir memberi amaran tindakan Trump menyekat laluan kapal di Selat Hormuz berisiko mencetuskan konflik global berskala besar.

    MENARIK:  Kerajaan AS tutup akibat Trump, Demokrat tak sepakat

    “Adakah keadaan akan menjadi huru-hara? Akan berlaku peranang dunia,” soalnya.

    Mahathir turut menyifatkan rundingan gencatan senjata sebelum ini gagal menghasilkan penyelesaian berkekalan.

    Dalam perkembangan berkaitan, AS hari ini turut mengumumkan tempoh gencatan senjata sementara selama 10 hari melibatkan Israel dan Lubnan.

    AS memberi jaminan Israel “tidak akan melaksanakan sebarang operasi ketenteraan ofensif” sepanjang tempoh itu.

    Sehingga kini, peranang yang tercetus sejak akhir Februari itu dianggarkan telah meragut ribuan nyawa dan menjejaskan kestabilan ekonomi global, termasuk lonjakan harga tenaga dan gangguan rantaian bekalan.

    Ketegangan kekal tinggi dengan sekatan maritim AS terhadap Iran terus memberi kesan kepada laluan perdagangan minyak global, khususnya di Selat Hormuz — laluan penting bagi sekitar 20 peratus penghantaran tenaga dunia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah