32.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Riba-meriba: Pemandu, kekasih didenda RM10,000

    Shopee Sale

    Seorang lelaki dan teman wanitanya didenda RM5,000 tiap seorang selepas mengaku bersalah saling riba-meriba ketika memandu bas.

    Mahkamah Majistret Jasin dilapor menjatuhi hukuman itu selepas Arif Fahmi Abd Salam, 36, dan Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah, 21,  mengaku bersalah.

    Terdahulu tular aksi Arif Fahmi--yang kemudian dipecat serta-merta--memandu bas sambil meriba Nur Adila ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor, Ahad lalu.

    Majistret Mazana Sinin mengarahkan mereka dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

    Mereka dituduh memandu bas dengan cara berbahaya kepada orang awam di  susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, pada lewat petang pada 12 April. 

    MENARIK:  Laporan Sarawak mahu beli pegangan Ambank hanya spekulasi - Abang Johari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah