32.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keputusan akhir kes pendakwaan Ebit Lew diketahui 30 April

    Shopee Sale

    Mahkamah Majistret Tenom menetapkan 30 April ini bagi keputusan kes pendakwaan melibatkan pendakwah Ebit Irawan Lew atau Ebit Lew yang berdepan 11 pertuduhan melibatkan gangguan seksual.

    Perkara itu disahkan peguam Datuk Ram Singh yang mewakili Ebit Lew dalam perbicaraan yang dijalankan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani sejak September 2022 dengan 18 saksi pendakwaan memberi keterangan.

    “Disahkan pada 30 April ini,” katanya dalam mesej ringkas kepada Bernama.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab manakala Ebit Lew diwakili Ram Singh serta peguam Kamarudin Mohmad Chinki dan Prabjit Singh Gill.

    MENARIK:  K'jaan beralih konsep pendapatan boleh guna bersih asas beri bantuan

    Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan melakukan gangguan seksual termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

    Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah