26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aprena Manrose Akui Persiapan Raya Kali Ini Berbeza – ‘Saya Hanya Fokus Pada Diri Sendiri & Keluarga’

    Shopee Sale

    Pelakon Aprena Manrose mendedahkan bahawa seluruh keluarga besarnya telah mengetahui mengenai perceraiannya dengan bekas suaminya sejak Jun tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Single Dahulu, Sebelum Ini Fikir Tentang Pasangan Pun Tak Habis Lagi’ – Aprena Manrose

    Artikel Berkaitan: Usaha Berbaik Dengan Bekas Suami Ketika Tempoh Idah Gagal, Aprena Manrose Cari Ketenangan Dengan Hadiri Majlis Ilmu

    Keluarga tidak mempersoalkan

    Ketika ditemui , pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata tiada seorang pun dari ahli keluarganya yang mempersoalkan keadaannya kini yang berstatus janda, kerana mereka sudah terbiasa dengan situasi perceraian.

    Keluarga sebelah ibu saya, semuanya sudah mengetahui bahawa saya telah bercerai.

    Mereka pun tidak banyak bertanya dan faham situasi saya.

    Memandangkan perceraian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam keluarga kami.

    Mereka juga memberi sokongan dan semangat kepada saya.

    Saya juga percaya bahawa apabila Allah mengambil seseorang daripada hidup kita, pasti ada sesuatu yang lebih baik akan datang.

    Alhamdulillah, saudara-mara saya juga tidak memberi tekanan kepada saya.

    Aprena berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma, Kuala Lumpur.

    Perancangan raya yang berbeza

    Berkongsi lebih lanjut, anak kepada penyanyi dangdut Iwan Syahman itu mengakui bahawa keluarganya di sebelah bapa di Indonesia masih belum ditemuinya sejak perceraiannya, kerana ketika itu statusnya masih sah sebagai isteri.

    Hanya keluarga sebelah bapa saya di Indonesia, saya masih belum pulang ke sana.

    Pada ketika itu, saya masih berstatus isteri walaupun dalam proses perpisahan.

    Tapi saya merasakan keluarga di sana juga tidak akan banyak bertanya, memandangkan hal tersebut sudah lama berlalu, hampir setahun.

    Dalam pada itu, Aprena berkata perbezaan paling ketara selepas perceraiannya ialah perancangan perayaan, yang kini hanya tertumpu kepada diri sendiri dan keluarga terdekat.

    Memang ada sedikit rasa perbezaan kerana saya seorang yang suka merancang, contohnya setiap tahun saya akan fikir hendak beraya di mana dan hendak memakai pakaian apa.

    Tetapi kali ini, saya tidak perlu memikirkan perkara tersebut.

    Saya hanya perlu fokus kepada diri sendiri dan keluarga saya sahaja.

    Alhamdulillah, saya okey dan tidak terlalu terasa, cuma ada sedikit perbezaan.

    Jika dahulu saya perlu memikirkan keluarga sebelah sana juga, cuma sekarang saya lebih memberi tumpuan kepada keluarga sendiri.

    Sejujurnya, saya tidaklah sampai berasa sedih atau apa-apa.

    The post Aprena Manrose Akui Persiapan Raya Kali Ini Berbeza – ‘Saya Hanya Fokus Pada Diri Sendiri & Keluarga’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Isu Tuntutan Hadanah Harith Iskander Capai Kata Sepakat, Setuju Beri Hak Jagaan Anak Sepenuhnya Kepada Bekas Isteri – ‘Ini Untuk Keselesaan Anak-Anak’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah