25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anzalna Nasir Utamakan Pendidikan, Dah ‘Survey’ Sekolah Anak Sejak Bayi – ‘Saya Nak Berikan Yang Terbaik’

    Shopee Sale



    Suami kepada pelakon Anzalna Nasir iaitu Hanif Zaki mendedahkan bahawa isterinya sangat teliti dalam merancang masa depan anak-anak mereka, terutamanya dalam aspek pendidikan.

    Anzalna pentingkan pendidikan

    Ketika ditemui , Hanif atau nama lengakpnya Muhamad Hanif Mohamad Zaki, 38, berkata isterinya itu juga telah membuat tinjauan beberapa sekolah khas buat anak sulungnya, Eidrss sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun ketika itu anak mereka masih bayi.

    Anzalna memang sangat teliti lebih-lebih lagi fasal pendidikan sebab itu dia pilih untuk tak berlakon.

    Dia nak besarkan anak dahulu tetapi saya bersyukur juga sebab boleh fokus kerja.

    Dia mula buat tinjauan sekolah sejak zaman PKP, ketika itu anak saya masih bayi.

    Hanif berkata demikian semasa sesi duta Jakel bertemu pengunjung di Kuala Lumpur pada Ahad.

    Nak yang terbaik buat anak-anak

    Sementara itu, pemilik nama lengkap Nur Anzalna Md Nasir, 37, berkata dia melakukan tinjauan terhadap beberapa sekolah adalah untuk memastikan pilihan terbaik buat Eidress yang kini berusia enam tahun dan bakal memasuki alam persekolahan.

    Tahun ini Eidress 6 tahun, saya dah ambil berat tentang sekolah mana nak hantar.

    Apa saya buat adalah buat tinjauan antara sekolah antarabangsa dan kerajaan sebab nak tengok perbezaan dan mana lebih sesuai dengan anak.

    Kita pun bekerja untuk masa depan anak, jadi memang nak berikan yang terbaik. Selepas buat tinjauan, mana-mana sekolah okey cuma anak kita kena selesa.

    Tambah pelakon drama Memori Cinta Suraya ini lagi, usaha yang dilakukannya ini adalah kerana mahu anak-anaknya merasai pengalaman sama apa yang dilaluinya semasa kecil.

    Saya suka fikir masa depan. Biar kita buat persediaan pada awal

    Dari kecil pun saya sekolah di luar, saya nak anak rasa apa yang saya lalui waktu kecil. Bagi saya, macam mana pun nak pilih sekolah terbaik untuk anak.

    Untuk rekod, Anzalna dan usahawan, Mohamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016.

    MENARIK:  Ali Puteh Berjaya Membuat Persetujuan Bayaran RM75,486 Tanpa Perlu Membayar 'Interest', Hidayah Setuju

    Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 6 dan Mohamad Emirhan yang kini berusia tiga tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah