Pelakon, Mawar Rashid mengakui dia tidak sanggup menonton semula babak lakonannya sebagai watak seorang wanita perampas atau ‘penyondol’ dalam drama Ikatan Terlarang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mungkin Salah Orang’ – Mawar Rashid Nafi Bakal Kahwin Lelaki Brunei
Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Saya Dapat Rasa Yang Saya Semakin Ceria, Positif & Bahagia’ – Mawar Rashid
Jadi penyondol

Mawar yang memegang watak Anabella berkata, karakter tersebut merupakan antara yang paling mencabar sepanjang bergelar pelakon kerana perlu membawakan sisi seorang wanita yang sanggup merosakkan rumah tangga orang lain.
Memang sangat mencabar. Kalau nak tengok babak-babak saya menyondol itu, saya sendiri rasa tak sanggup nak tengok diri sendiri jadi penyondol.
Malah episod baharu pun saya belum tonton lagi sebab masih belum cukup berani. Kena kumpul semangat dulu.
Mawar berkata demikian ketika ditemui pada program MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.
Mengulas mengenai adegan intim bersama Hisyam Hamid, Mawar mengakui dia berasa sangat kekok sepanjang penggambaran kerana perlu keluar daripada zon selesanya sebagai pelakon.
Memang kekok sangat-sangat. Itu yang buat saya tertanya-tanya macam mana nak tengok semula babak-babak itu. Memang sangat mencabar.
Masa penggambaran pun bukan mudah nak menjayakan babak-babak ‘penyondol’ itu. Syukur sebab abang Reza selaku pengarah sangat membantu.
Dia banyak beri tunjuk ajar tentang ekspresi wajah dan emosi yang perlu ditonjolkan. Abang Hisyam pun banyak memberi sokongan sepanjang penggambaran.
Dalam pada itu, Mawar berkata dia menyedari watak Anabella menerima pelbagai kecaman daripada penonton, namun menganggap reaksi tersebut sebagai petanda lakonannya berjaya memberi impak.
Bagi saya, kalau orang kecam, maknanya watak itu menjadi. Ramai juga yang pesan supaya jangan baca komen sebab takut mental tak kuat.
Tapi bagi saya, bila orang betul-betul benci dengan watak itu, saya rasa gembira sebab itu menunjukkan lakonan saya sampai kepada penonton.
Saya juga ada terima mesej kecaman. Itu kali pertama sepanjang saya berlakon, saya menerima mesej secara rawak daripada orang yang memaki saya.
Mereka gunakan kata-kata kasar, panggil saya ‘penyondol’ dan macam-macam lagi. Tetapi saya faham mereka marah kepada watak yang saya bawa, bukan kepada diri saya yang sebenar.
The post ‘Tak Sanggup Tengok Diri Sendiri Jadi Penyondol’ – Mawar Rashid first appeared on OHBULAN!.





