32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 20,000 tandatangan petisyen tolak ‘monopoli benih baru’

    Shopee Sale

    Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) berjaya mengumpul tandatangan 20,800 rakyat Malaysia dalam satu petisyen untuk menolak pindaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta 634) bagi penyertaan Malaysia dalam konvensyen Upov 1991.

    Koordinator FKMM, Nurfitri Amir Muhammad berkata, pihaknya bersama kumpulan petani, NGO alam sekitar dan pengguna, aktivis mahasiswa serta ahli akademik tampil mengemukakan memorandum dan petisyen bagi menyatakan bantahan keras terhadap cadangan pindaan akta tersebut.

    Menurutnya tiga faktor utama penentangan rakyat terhadap Upov 1991 iaitu ancaman biopirasi dan penafian hak tradisi petani melalui definisi benih moden dan kewujudan 'loophole' perundangan yang bercanggah dengan Akta Akses Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 (Akta ABS 795).

    Selain itu dakwanya, akan berlaku lonjakan harga benih dan monopoli korporat besar kerana sistem Upov 1991 direka khas bagi memaksimumkan keuntungan korporat benih melalui hak monopoli eksklusif selama 20 hingga 25 tahun.

    "Kami menuntut agar Parlimen Malaysia menghentikan serta-merta sebarang pembentangan draf pindaan Akta 634 dan mengekalkan sistem sui generis sedia ada.

    "Sistem sedia ada ini terbukti seimbang dalam melindungi pelaburan pembiakan baka kormersial di samping memelihara maruah dan hak tradisi petani kecil Malaysia," katanya.

    MENARIK:  PGA rampas 200,000 rokok seludup di Tumpat

    Dia berkata demikian ketika hadir menyerahkan memorandum dan petisyen tersebut kepada beberapa ahli parlimen di hadapan pintu utama bangunan parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

    Antara wakil rakyat yang tampil adalah Tan Kar Hing (Gopeng), Manndzri Nasib (Tenggara), Idris Ahmad (Bagan Serai), Ahmad Yahaya (Pokok Sena), Shahidan Kassim (Arau) dan Takiyuddin Hassan (Kota Bharu).

    Pada Jan lalu, FKMM bersama sekitar 200 individu berkumpul di hadapan bangunan parlimen bagi mendesak kerajaan membatalkan penyertaan Malaysia dalam konvensyen Upov 1991.

    Perhimpunan itu bertujuan menyerahkan dua memorandum bagi menuntut pembelaan hak petani kecil yang didakwa bakal terancam sekiranya pindaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 diteruskan.

    Mereka mendakwa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyerahkan draf pindaan akta tersebut kepada Sekretariat Upov di Geneva pada September lalu.

    Susulan itu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah dan tidak akan menyerahkan kedaulatan negara kepada pihak luar dalam isu pindaan undang-undang berkaitan benih tumbuhan.

    Menafikan dakwaan bahawa Malaysia tunduk kepada pengaruh asing, Mohamad berkata, keputusan muktamad mengenai pindaan Akta 634 kekal di tangan kerajaan dan Parlimen Malaysia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah