28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Tiri Didakwa Luah Rasa Benci, Nora Ariffin Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang?

    Shopee Sale



    Penyanyi Datuk Nora Arifin memaklumkan telah mengambil tindakan terhadap individu yang dipercayai merupakan anak tirinya didakwa memuat naik ciapan menghasut di platform X.

    Tak pernah ambil tindakan

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), penyanyi berusia 51 tahun itu berkata sejak tahun 2019 dia mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan balas.

    Dari 2019 saya tidak pernah bersuara atau respon terhadap semua kata-kata yang ditujukan pada saya di media sosial.

    Tetapi sekarang nasi sudah menjadi bubur. Biar undang-undang yang menentukan.

    Hantaran kebencian

    Sebelum ini, seorang individu dipercayai anak tirinya telah memuat naik satu ciapan yang berbaur kebencian dan menghasut.

    MENARIK:  [VIDEO] Risteena Pilih Naskhah Lakonan, Hormat Permintaan Suami – ‘Sebelum Kahwin, Saya Ambil Saja Semua Job’

    Individu itu disyaki berharap Nora meringkuk di dalam neraka kerana membuat ibunya menderita.

    Kata individu itu, dia turut berharap agar Nora membaca kesemua ciapan yang dimuat naik di platform X.

    Terdahulu, Nora difahamkan bakal bercerai untuk kali kedua bersama suami, Dr Rushdi Ramli.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah