
Pelakon Nur Risteena memilih untuk fokus pada perniagaan yang diusahakan bersama suami, Isa Khan.
Hormat suami
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim Ilyas akui masih aktif dalam lakonan namun harus memilih naskhah yang sesuai.
Menurutnya, dia juga menghormati keputusan suami yang enggan dirinya memberi komitmen terlalu lama pada lakonan.
Saya masih berlakon cuma lepas kahwin ini saya kurangkan sikit sebab menghormati suami.
Kadang-kadang bila shooting itu perlukan komitment yang lama, suami tak bagi.
Sebelum kahwin, saya ambil saja semua job.
Dalam pada itu, kakak kepada pelakon sensasi, Ruhainies itu juga memaklumkan bahawa kini dia lebih fokus pada bisnes yang dijalankan.
Zuriat

Memasuki tahun keempat perkahwinan, pelakon berusia 35 tahun itu akui dia dan Isa bersedia untuk menimang cahaya mata.
Semestinya setiap pasangan yang berkahwin mesti nak anak.
Sama juga macam kami. Kami dah masuk tahun keempat, jadi memang bersedia untuk ada anak.
Tapi rezeki belum ada.
Pada akhir perkongsian, Risteena menganggap bahawa ini petanda daripada Tuhan untuk mengenali suami lebih dalam sebelum dikurniakan zuriat.





