Pelawak, Amir Raja Lawak sekali lagi menuntut sebuah stesen televisyen untuk melunaskan bayarannya sebanyak RM18,000 yang didakwa masih tertunggak.
Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Mohon Stesen Televisyen Lunaskan Baki Bayaran – ‘Saya Perlukan RM18,000 Itu’
Tuntutan Amir

Menerusi Facebook, Amir memaklumkan dia terpaksa membuat tuntutan itu berkali-kali kerana mahu membiayai kos perubatan ayahnya yang menghidap kanser usus.
Sila lunaskan bayaran saya secepat mungkin, abah saya kena kanser usus.
Saya nak jumlah RM18,000 tanpa diskaun, tanpa bayar ansur-ansur.
Ini soal hidup dan mati abah saya, dan ini soal usaha dan ikhtiar kami sekeluarga buat abah.
Tambah Amir, dia tidak meminta bantuan mahupun sumbangan sebaliknya hanya meminta haknya yang belum dilunaskan.
Dalam pada itu, bekas peserta program Raja Lawak mendakwa dia telah pun memaklumkan pihak produksi mengenai keadaan ayahnya namun tidak mendapat respon yang positif.
Saya tak minta duit kamu, saya tak mintak pinjam duit, yang saya minta adalah duit dan hak saya.
Dari awal abah saya ‘warded’ saya dah maklum pada diaorang, saya WhatsApp tunjuk keadaan abah saya tapi kena ‘sidai’ tanpa ada maklum balas positif.”
Ada kecemasan

Dakwa Amir lagi, pihak stesen televisyen pernah menawarkan bayaran pendahuluan sebanyak RM3,000 pada minggu lalu namun ditolaknya kerana tidak mahu berdepan dengan situasi sama seperti tahun lalu.
Minggu lepas selepas viral ada mereka nak bagi RM3,000 dulu tapi saya tak nak.”
Kenapa saya tak nak? Sebabnya sebelum ini mereka pernah bagi RM5,000 awal tahun lepas, selepas itu setahun lebih sampai sekarang belum dapat apa-apa tambahan lagi.
Jadi kenapa saya perlu ambil?Dah tentu saya nak solid RM18,000 sekarang sebab ada kecemasan.”
Tak perlu saya jelaskan macam mana keadaan abah saya, atau apa yang kami sekeluarga tengah hadap, mereka boleh tahu keadaan pesakit kanser usus ini macam mana.”
Di akhir hantaran, Amir mendoakan agar ayahnya diberikan kesihatan dan cepat sembuh dari sakit yang dihidapinya.
Terdahulu, Amir memuat naik hantaran mendakwa bayarannya bersama sebuah stesen televisyen masih tertunggak.
Dakwa Amir, dia hanya menerima sebahagian bayaran iaitu RM5,000 daripada jumlah keseluruhan yang mencecah RM23,000.
Amir kemudiannya berkongsi hantaran dirinya yang terpaksa menjual kereta kesayangannya jenis Proton Juara pada Sabtu lalu.
Sumber: Facebook
The post Amir Raja Lawak Tuntut Stesen TV Langsai Hutang RM18,000 Segera! – ‘Abah Saya Hidap Kanser Usus, Ini Kecemasan’ first appeared on OHBULAN!.





