Penyanyi, Sufian Suhaimi menyifatkan 2025 sebagai tahun paling bermakna sepanjang hidupnya kerana tahun tersebut dia bergelar suami kepada Rania Al Sadat.
Artikel Berkaitan: Isteri Sufian Suhaimi Dilabel ‘Beauty With Brain’, Bergelar Peguam Di Usia 25 Tahun
2025 tahun indah

Ketika ditemui Sufian berkata, 2025 bukan sekadar tahun penuh kenangan manis dalam kerjaya, malah membawa perubahan besar dalam kehidupan peribadi dan keluarganya.
Sepanjang 2025, memang banyak episod yang memberi kesan dalam hidup saya, termasuk dalam keluarga. Ada pelbagai cerita, ada sedih, ada suka dan ada duka.
Namun apa pun, saya rasa 2025 merupakan tahun yang sangat bermakna. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur atas segala yang berlaku sepanjang tahun ini.
Memasuki tahun 2026, penyanyi yang mula mencipta nama sejak 2016 itu mengakui berasa teruja dengan pelbagai perancangan yang sudah disusun rapi.
Antara perancangan Sufian adalah pelancaran album sulung yang dijangka menemui peminat pada tahun ini, bersempena genap sedekad penglibatannya dalam industri seni.
Untuk tahun 2026, sudah tentu mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada 2025. Banyak perkara baharu yang akan menjadi ‘first time’ untuk saya, jadi ia penuh dengan misteri dan teruja menantikan apa yang bakal ditawarkan.
Boleh dikatakan semua azam tahun 2025 telah tercapai. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Tahun 2026 pula agak mendebarkan kerana genap 10 tahun saya berada dalam industri.
Jadi, sebagai buah tangan buat peminat dan pendengar, album sulung itu sedang disiapkan. Itu antara berita menarik untuk 2026, selain perancangan lain melibatkan bisnes dan juga keluarga.
Ditanya mengenai perancangan menimang cahaya mata, Sufian menjelaskan mereka tidak menolak rezeki, namun memilih untuk menikmati fasa awal perkahwinan terlebih dahulu.
Bukanlah tidak merancang langsung, cuma di awal perkahwinan ini kami mahu menikmati masa berdua dahulu. Kami nak melancong dan manfaatkan tempoh ‘honeymoon’.
Kalau Tuhan kurniakan rezeki cahaya mata, kami terima dengan hati terbuka. Kalau belum ada, kami nikmati dahulu fasa berdua.
Untuk rekod, Sufian dan Rania selamat bergelar suami isteri pada 2 Mei tahun lalu.
The post Sufian Suhaimi Sifatkan 2025 Tahun Paling Indah Sepanjang Hidup – ‘Saya Bergelar Suami’ first appeared on OHBULAN!.





