Pelakon Afifah Nasir mengakui semua bekas kekasihnya merupakan lelaki yang baik, namun hubungan tersebut tidak berakhir ke fasa lebih serius kerana masa dan haluan hidup yang tidak seiring.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berkahwin Dengan Awak Adalah Keputusan Terbaik’ – Afifah Nasir
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Afifah Nasir Umum Hamil Anak Pertama – ‘Kini Bab Baru Bermula’
Lelaki baik

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), pemilik nama Nur Afifah Nasir, 33, dilihat menjawab beberapa pertanyaan netizen mengenai dirinya.
Pada hantaran yang sama, terdapat individu yang menanyakan tips untuk bertemu lelaki yang berpakej lengkap.
Menurut Afifah, dia disifatkan sebagai wanita bertuah oleh keluarga sendiri kerana sering dipertemukan dengan lelaki yang baik.
Saya selalu dengar termasuk daripada kakak ipar sendiri. Katanya saya bertuah sebab jumpa lelaki-lelaki yang baik dalam hidup.
Hakikatnya, bekas kekasih saya semuanya orang baik. Cuma tiada jodoh, kebanyakannya sebab faktor masa.
Tapi saya percaya, perancangan Allah sentiasa lebih baik daripada apa yang kita rancang.
Allah bukan sekadar beri yang baik, tapi beri yang terbaik pada waktu yang tepat,
Jadi, teruskan beriman, percaya pada waktu-Nya dan yakin dengan ketentuan-Nya.
Amalan harian

Menjawab pertanyaan pengikutnya mengenai amalan yang diamalkan, pelakon berusia 33 tahun itu mendedahkan dirinya banyak meluangkan masa membaca al-Quran.
Selain itu, adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu juga mengamalkan puasa dan solat sunat seminggu sekali mengikut kemampuan.
Saya tiada doa yang khusus tapi saya baca al-Quran setiap hari sebab ianya menenangkan.
Itu ‘me time’ kecil saya.
Selain itu, saya cuba puasa sunat dan solat sunat seminggu sekali.
Buat apa yang termampu, secara konsisten, dan harapnya boleh buat lebih lagi.
Sumber: Instagram @afifahnasir93
The post Afifah Nasir Disifatkan Wanita Bertuah, Sering Bertemu Lelaki Pakej Lengkap – ‘Bekas Kekasih Saya Semua Baik’ first appeared on OHBULAN!.





