29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Sajikan Aksi Ulangan Panas Putra Abdullah vs Ronal Siahaan Sabtu Ini

    Shopee Sale

    Penantian yang dinanti-nantikan hampir tiba apabila BYON COMBAT SHOWBIZ 7 menampilkan aksi ulangan Putra Abdullah dan Ronal Siahaan pada Sabtu ini.

    Artikel Berkaitan: BYON Combat Showbiz 7 Satukan Aksi Tempur & Hiburan Bertaraf Antarabangsa Di Kuala Lumpur April Ini

    Artikel Berkaitan: Coastal Combat 2026: Gabungan Muay Thai & Program Realiti Penuh Aksi

    Aksi pertarungan

    Difahamkan pada pertarungan terdahulu mereka berakhir tanpa pemenang mutlak selepas lima pusingan yang sengit dan segalanya kembali dipertaruhkan kali ini dengan Byon Kickstriking Asia Title menjadi rebutan.

    Malam tersebut tidak hanya bergantung pada satu pertarungan, malah kad perlawanan turut menampilkan beberapa aksi berintensiti tinggi, bermula dengan pertembungan semula Fahri Alamsyah dan Kabilan Jelevan yang semakin hangat diperkatakan.

    Turut diikuti perebutan gelaran antara Nidal Mahmoud dan Adam Maulana.

    Sementara itu, aksi Ammarul Shafiq menentang Haris Sofyan serta perlawanan wanita antara Winona Karamoy dan Emmabel Cassandra dijangka berlangsung dengan tempo pantas dan agresif.

    Pertarungan itu sekali gus menjanjikan setiap detik penuh debaran kepada penonton.

    MENARIK:  Nana Mahazan Tak Risau Tentang Perbezaan Budaya Kerana Suami Mualaf – 'Abang Saya Kahwin Dengan Cina Dan Adik Dengan India'

    Sebagai platform sukan tempur terkemuka dari Indonesia, BYON terus mengukuhkan kehadirannya di peringkat serantau dengan membawa acara ini ke Malaysia buat pertama kali menerusi kerjasama strategik bersama Kharisma Music International.

    Berlandaskan konsep “combat showbiz”, acara ini menggabungkan aksi pertarungan kompetitif dengan elemen hiburan moden.

    Tidak hanya itu, pertarungan ini turut disokong produksi bertaraf antarabangsa bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih menyeluruh kepada penonton.

    Didukung oleh rangkaian platform di bawah Media Prima serta penstriman eksklusif di Vidio, BYON7 kini memasuki fasa keterujaan maksimum menjelang penganjurannya.

    Penonton boleh memilih sama ada untuk hadir secara langsung atau mengikuti siaran dari mana-mana lokasi dengan lebih mudah.

    Dengan hanya berharga RM17 di Malaysia, BYON7 menawarkan peluang kepada peminat untuk menyaksikan sendiri aksi penuh intensiti ini pada hujung minggu, tanpa mengira lokasi dan masa.

    The post BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Sajikan Aksi Ulangan Panas Putra Abdullah vs Ronal Siahaan Sabtu Ini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah