28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ako Mustapha Pilih ‘Homeschooling’, Cari Guru Untuk Ajar Anak – ‘Keputusan Dibuat Setelah Apa Yang Terjadi’

    Shopee Sale

    Pelakon Ako Mustapha memilih untuk tidak menghantar anaknya, Mikael Iskandar Mustapha ke sekolah susulan kecederaan yang didakwa berpunca daripada insiden buli.

    Artikel Berkaitan: Ako Mustapha ‘Update’ Kondisi Anak, Dedah Isu Buli Dapat Perhatian Menteri Pendidikan – ‘Dia Alami Fobia & Trauma Psikologi’

    Artikel Berkaitan: Ako Mustapha Dakwa Anak Usia 10 Tahun Jadi Mangsa Buli – ‘Dekat Perut Ada Kesan Tapak Kasut & Tumbukan’

    Pendidikan di rumah

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 55, difahamkan sedang mencari tenaga pengajar buat anaknya mendapat pendidikan dari rumah.

    Menurut Ako, keputusan yang dibuat itu susulan anaknya yang menghadapi fobia dan trauma psikologi susulan dakwaan dibuli oleh lima orang pelajar.

    Saya mencari guru yang boleh datang ke rumah untuk mengajar anak saya, Mikael Iskandar yang berusia 10 tahun.

    Setelah apa yang terjadi, saya dan isteri ambil keputusan untuk homeschooling.

    Dalam pada itu, Ako Mustapha dilihat berminat untuk menghantar anaknya, Mikael Iskandar Mustapha menyertai kelas mempertahankan diri sebagai inisiatif sekiranya berdepan situasi buli pada masa akan datang.

    MENARIK:  [VIDEO] Geng Bekpes Hot Buat ‘Serumpun Challenge’, KJ Raih Perhatian – ‘Sejak Jadi DJ, Semua Step Dia Hafal’

    Sebelum ini, Ako memaklumkan kejadian yang menimpa Mikael hanya disedari selepas anaknya itu pulang dari sekolah dan selesai mandi.

    Polis kemudian mengesahkan menerima laporan anak Ako yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolahnya di Wangsa Maju, di sini.

    Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman dilapor berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

    Sumber: Threads @akomustapha

    The post Ako Mustapha Pilih ‘Homeschooling’, Cari Guru Untuk Ajar Anak – ‘Keputusan Dibuat Setelah Apa Yang Terjadi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah