Peguam dan juga personaliti media sosial, Tun Laila berkongsi ilmu tentang nafkah daripada segi syariah dalam berumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tun Laila Beri Tips Rumah Tangga, Cara Mudah Tambat Hati Suami – ‘Buat Baik Dengan Keluarga Mentua’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tun Laila Tak Selesa Diaju Soalan Tentang Zuriat – ‘Saya Baru Kahwin’
Duit bukan nafkah wajib
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Tun Laila memaklumkan beberapa nafkah wajib daripada suami terhadap isteri.
Tambah Tun Laila, duit tidak dikira sebagai nafkah wajib namun dinormalisasikan dalam adat masyarakat kini.
Apa yang saya belajar dari segi syariah, nafkah itu terdiri daripada makan, pakai, ubat-ubatan dan tempat tinggal.
Pembantu rumah juga perlu disediakan, jika mampu.
Jadi, duit sebenarnya bukan satu nafkah yang wajib.
Dalam pada itu, Tun Laila menjelaskan bahawa nafkah boleh diberikan dalam bentuk wang ringgit misalnya apabila isteri membeli makanan kerana menyediakan makanan merupakan antara nafkah wajib bagi seorang suami.
Tanggungjawab suami adalah beri isteri makan. Jadi, daripada cara nak melunaskan nafkah itu, suami beri duit, isteri beli makanan.
Sumber: Tiktok @Amplified Studio
The post [VIDEO] ‘Duit Bukan Nafkah Wajib’ – Tun Laila first appeared on OHBULAN!.





