28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video baru Sofia Rini: Kalau ada bukti bawalah – Anwar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menepis dakwaan bahawa bekas pembantunya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, diarahkan mencuri wang dan menyembunyikannya di Afrika.

    Anwar meminta pihak media tidak melayan tuduhan tersebut dan menegaskan mereka yang membuat dakwaan sedemikian perlu mengemukakan bukti.

    "Macam-macam (isu) ada, tak payah jawablah.

    "Kalau dia ada alasan, dia bagi bukti-bukti. Nak layan..you layan tu? You layan?

    "Kalau 1,000 orang komen begitu saya kena jawab semua. Kalau ada bukti bawalah.

    "Kalau tak macam ni jadi sarang fitnah dan sebagainya. Kita tak nak layan, saya banyak kerja,” kata Anwar ketika ditemui pemberita dalam satu majlis di Johor Bahru.

    Perdana menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai klip video yang tular baru-baru ini.

    Klip tersebut memaparkan seorang ahli perniagaan, Sofia Rini Buyong, bercakap dengan seorang individu lain yang dipercayai ahli perniagaan Albert Tei, di mana dia mendakwa seorang individu bernama “Anwar” menyuruh seorang individu lain bernama “Farhash” mencuri wang untuk dihantar ke Afrika.

    "Tak ada siapa terkecuali (terlepas dari undang-undang). Tapi makcik mana bagi komen you nak layan?” tambah Anwar.

    MENARIK:  Stoking, kuil dan Boeing: Zaid selar sikap munafik protes anti-AS

    Susulan kemunculan video itu awal minggu ini, Malaysiakini telah menghubungi Sofia, Farhash dan Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan komen.

    Sofia tahun lalu menjadi perhatian melalui satu video yang memaparkan dirinya bercakap mengenai dakwaan rasuah melibatkan bekas setiausaha politik Anwar, Shamsul Iskandar Mohd Akin, bersama Tei.

    Susulan itu, Shamsul meletakkan jawatan sebagai pembantu Anwar untuk mempertahankan dirinya daripada dakwaan tersebut.

    Dalam catatan di X, Shamsul berkata dia difahamkan bahawa terdapat percubaan untuk menyerangnya dengan isu yang boleh merosakkan imej kerajaan.

    Kenyataan itu dibuat selepas Malaysiakini menghubunginya berhubung dakwaan dia menerima wang daripada Tei berkaitan skandal perlombongan di Sabah.

    Selepas itu, Shamsul dan Tei didakwa di mahkamah berkaitan skandal perlombongan berkenaan, manakala SPRM menamakan Sofia sebagai saksi pendakwaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah