28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Azeva Natassha Dedah Pernah Dijaga Peminat Wanita Ameng – ‘Mereka Main Patung Barbie Dengan Saya’

    Shopee Sale

    Anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida, Azeva Natassha berkongsi salah satu momen zaman kanak-kanaknya yang tidak dapat dilupakan ketika dijaga oleh bapanya, Ameng.

    Artikel Berkaitan: Azeva Gembira Dapat Satu Pentas Bersama Ibu Bapa – ‘Saya Kehilangan Seorang Ayah Dari Umur 3 Tahun’

    MENARIK:  Jangan Lepaskan Peluang Cuti-Cuti Hebat di MATTA Fair 2025 Bersama RHB & Mitra!

    Artikel Berkaitan: ‘Selepas Cerai, Ini Kali Pertama Saya & Azeva Satu Pentas Dengan Ameng..Tuhan Pertemukan Semula Kami Sekeluarga’ – A Aida

    Dijaga peminat

    " data-video-id="7631776797624995093" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @azeva.natasha

    Peminat perempuan papa meng jaga azeva masa papa tengah show. Papa meng hensem tau masa muda😁#azeva #azevanatasha #ttmm2 #trendingtiktok #tiktokmalaysia

    ♬ الصوت الأصلي – •

    Menerusi potongan klip daripada siaran langsung di TikTok, Azeva berkata kejadian itu berlaku sewaktu dia masih kecil, ketika menemani bapanya yang sedang membuat persembahan.

    Masa tu Papa Meng (nama panggilan Ameng) buat show, dia suruh para peminat wanita yang hadir untuk jaga saya.

    Ketika kejadian saya agak keliru tapi saya fikir kawan sajalah. Mereka semua main patung barbie dengan saya.

    Katanya, dia berasa gembira kerana ada yang menemaninya bermain anak patung, memandangkan dia tidak mempunyai kawan pada ketika itu.

    Dalam perkongsian sama, Azeva turut berseloroh bahawa ketika itu ada peminat yang cuba mendekati bapanya.

    Azeva turut mengenang penampilan bapanya yang ketika itu masih muda dan kelihatan sangat kacak.

    Saya gembira sebab ada orang nak main anak patung dengan saya sebab saya tiada kawan. Kakak saya dulu tak mahu layan saya.

    Jadi saya main anak patung sorang-sorang. Rupa-rupanya, salah seorang peminat tu nak ngurat papa saya.

    Papa pula ketika itu muka macam Kpop. Masa muda papa kacak.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Azeva Natassha Dedah Pernah Dijaga Peminat Wanita Ameng – ‘Mereka Main Patung Barbie Dengan Saya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah