29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Rasa Tak Adil Bila Tengok Orang Naik Laju, Tanpa Perlu Lalui Jalan Yang Aku Lalui’ – Aril Pilus

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus tampil bersuara susulan peredaran zaman yang dilihat lebih mudah untuk dikenali hanya melalui satu video yang dimuat naik media sosial.

    Artikel Berkaitan: Aril Pilus Timang Cahaya Mata Kedua, Syukur Isteri Selamat Jalani Pembedahan Buang Rahim

    Artikel Berkaitan: Aril Pilus, Hazama & Akim Ahmad Ziarah Hafiz Suip, Netizen Sifatkan Sahabat Sebenar – ‘The Real Blood Brothers’

    Zaman kini mudah untuk dikenali

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 40, akui zaman terasa berbeza apabila dibandingkan dengan waktu dirinya mula menapak nama dalam industri seni pada tahun 2009.

    Menurut Aril, zaman kini hanya memerlukan satu video yang sempurna serta faktor masa yang tepat untuk dikenali.

    Hari ini, kau cuma perlukan telefon, internet dan satu video yang kena masa. Dan kau akan dikenali.

    Aku bermula tahun 2009. Zaman itu, kalau nak naik kena lalui ujibakat berpuluh kali, kena reject depan-depan, dan buat persembahan walapun tiada yang layan .

    Sekarang? Kalau video tak jalan, kau boleh delete. Cuba lagi, edit lagi sampai nampak sempurna.

    Tambah pelantun lagu Menatap Matamu itu, dia akui merasakan kurang adil susulan laluan pintas yang dilalui kebanyakan individu kini jika dibandingkan dengan perjalanan panjangnya sewaktu mula-mula bergelar anak seni.

    Jujur, aku pernah rasa perkara ini tak adil. Aku tengok orang naik laju, tanpa lalui benda yang aku lalui.

    Tapi lama-lama aku sedar, ini bukan soal adil atau tidak tapi soal siapa cepat faham game baru.

    Realitinya, media sosial boleh bagi kau popular. Aku tak cakap, budak-budak baru tak bagus, ramai yang berbakat.

    Viral dan nilai

    Dalam pada itu, Aril sempat menitipkan pesanan buat umum terutama yang menjadikan media sosial sebagai tempat permulaan untuk dikenali agar tidak hanyut dengan sekadar video tular.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Komplikasi Yang Dialami Tiada Kena Mengena Dengan Pembedahan Bariatrik’ – Doktor Isteri Prince Syed

    Menurutnya, jika seseorang individu itu memiliki nilai dalam diri ianya akan menjadi faktor kuat untuk terus kekal dalam industri seni.

    Tapi jangan keliru antara viral dan nilai. Dua benda berbeza.

    Kalau kau tengah kejar populariti sekarang, tak salah. Cuma jangan lupa satu perkara.

    Viral boleh bagi kau perhatian tapi hanya nilai yang buat orang kekal.

    Sumber: Threads @arilpilus

    The post ‘Rasa Tak Adil Bila Tengok Orang Naik Laju, Tanpa Perlu Lalui Jalan Yang Aku Lalui’ – Aril Pilus first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah