Pelakon dan usahawan, Intan Najuwa berkongsi bahawa ketika ini dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga susulan kehamilannya.
Artikel Berkaitan: ‘Pergi Check Up Baby, Lunara Akan Dengar Degupan Jantung Adik.. Dia Pun Suka Pegang Perut Saya’ – Intan Najuwa
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Tegas Didik Anak, Tak Mahu Terlalu Manja – ‘Saya Memang Garang, Ajar Dia Berdikari’
Banyak luangkan masa bersama keluarga

Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG), pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, memilih untuk melalui fasa kehamilan kali ini dengan lebih tenang.
Katanya lagi, urusan perniagaan dan kafenya kini banyak dikendalikan oleh staf, manakala dia hanya memantau dari rumah sahaja.
Sejujurnya, sekarang saya memang tidak bekerja dan kebanyakan masa hanya berada di rumah serta meluangkan masa bersama keluarga.
Lebih-lebih lagi saya sedang mengandung ini, saya lebih nak mood tenang dan gembira sahaja.
Urusan kafe dan perniagaan saya yang lain kebanyakannya diuruskan oleh staf dan saya hanya memantau dari rumah sahaja.
Jika diperlukan, barulah saya akan datang untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Tak mampu uruskan hal kerja & rumah satu masa

Dalam masa sama, aktres drama ‘Hantu Punya Bos’ itu mengakui dia tidak mempunyai sebarang tip dalam mengimbangi rutin harian dan kerjaya buat masa ini.
Saya tidak mempunyai tip untuk mengimbangi rutin harian dan kerja pada ketika ini.
Di samping itu, dia menzahirkan rasa hormat kepada golongan ibu yang mampu menguruskan kerjaya dan keluarga secara serentak.
Saya sangat menghormati semua ibu yang mampu menguruskan kerja dan rumah.
Bagi saya, pada masa sekarang, saya betul-betul tidak mampu untuk mengendalikan kedua-duanya sekali.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Lunara pada 15 Disember 2024.
Sumber: Instagram
The post ‘Banyak Luangkan Masa Di Rumah, Tak Mampu Uruskan Hal Kerja & Keluarga Serentak’ – Intan Najuwa first appeared on OHBULAN!.





