29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM mahu badan amal dan NGO dipantau, elak seleweng dana

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu peraturan lebih ketat dilaksanakan bagi mengawal dan memantau perbelanjaan mana-mana badan amal dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengelakkan salah laku dan penyelewengan.

    Beliau berkata ia merangkumi pengawasan ke atas dana NGO badan kemanusiaan serta badan kebajikan, khairat kematian, amanah atau yayasan yang mengutip derma daripada individu dan syarikat swasta.

    Anwar juga mahu pendaftar syarikat dipertanggungjawabkan untuk melihat dan memastikan laporan dibuat oleh NGO dan diteliti secara lebih telus.

    “Saya sedang meneliti taklimat mengenai perkara ini, jadi semua NGO itu juga harus mengikuti beberapa kaedah yang ketat, sebab penyelewengan itu nampak berleluasa.

    “Pergi ke masjid, kutip derma, kemudian buat untuk Palestin tetapi tak sampai bantuannya. Jadi bagaimana pengawasannya? Jadi, saya akan bawa perkara ini, bincang supaya semua harus dipertanggungjawabkan untuk pastikan dana itu tidak disalahguna,” kata beliau.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Pusat Tingkatan Enam di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, di sini hari ini.

    Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan seorang Bendahari Agung Kehormat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) institut berkenaan yang mahu tahu sekiranya jawatankuasa berkenaan boleh memohon sumbangan secara langsung daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

    MENARIK:  Perbahasan RUU antibuli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

    Februari lepas, seorang setiausaha NGO yang memperjuangkan penduduk di Asia Barat khususnya Gaza, Palestin, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana berjumlah kira-kira RM4.2 juta.

    Mengulas lanjut, Anwar berkata pengawasan ketat perlu dilakukan kerana terdapat kes sebelum ini yang menyaksikan terdapat NGO Islam yang mengumpul dana, namun menggunakannya bagi tujuan peribadi.

    Modus operanandi badan dan NGO ini, antara lain pergi ke mana-mana tempat termasuk masjid bagi mengutip derma kononnya bagi membantu rakyat Palestin.

    “Nak kata rasuah, bukan, sebab dia kutip sah ada sijilnya tetapi dia kata nak belanja untuk Palestin. Kalau dia kutip RM100 juta dia belanja RM20 juta untuk rakyat Palestin, dia (cakap) RM80 juta untuk kos.

    “Mula dulu ingat kes mengutip dana puluhan juta (ringgit) untuk bantuan rakyat Palestin, tetapi akhirnya belanja untuk pembangunan dan harta-harta di KL ,” kata beliau.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah