Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu memaklumkan sekiranya prosiding pengesahan lafaz rujuk yang berlangsung pada Khamis lalu diputuskan sah oleh mahkamah, dia bersedia untuk melepaskan semula bekas isterinya dengan hati terbuka.
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Harap Kes Pengesahan Lafaz Rujuk Segera Selesai – ‘Saya Pun Nak Ada Kehidupan Sendiri’
Sedia lepaskan kembali

Menerusi siaran langsung di TikTok, Adnan atau mesra disapa Datuk Red menjelaskan kehadirannya ke mahkamah bukan bertujuan untuk kembali rujuk, sebaliknya hanya bagi mendapatkan kepastian terhadap status lafaz berkenaan.
Ada wartawan tanya betul ke saya minta RM100,000 daripada Adira. Jawapan saya mudah, jika prosiding pada Khamis itu mahkamah mengesahkan lafaz rujuk kami sah, keluar daripada mahkamah, saya mahu lepaskan dia.
Sebab selama ini, ramai orang cakap saya tidak ‘move on’, saya gila talak dan sebagainya. Ingin saya tegaskan, saya hadir ke mahkamah adalah untuk mengesahkan kes lafaz rujuk sahaja.
Saya cakap dengan wartawan, jika keputusan prosiding tersebut tidak sah, itu lebih baik. Sebab sah, saya sendiri akan buat permohonan itu. Tak payah RM100,000. Saya akan lepaskan semua, tak payah dia yang pergi sendiri.
Tambah Datuk Red, dia juga tidak mengambil kisah terhadap persepsi negatif yang dilemparkan terhadap dirinya, termasuk tuduhan yang mendakwa dia cuba memutar belit cerita.
Jika kalian nak cakap saya putar belit cerita, kaki bankrup, itu terserah pada kalian. Sebab prosiding kami masih tertangguh, belum ada keputusan lagi.
Terdahulu, kes pengesahan lafaz rujuk antara Adira dan Datuk Red yang difailkan di mahkamah masih belum menemui penyelesaian dan telah ditangguhkan kepada 25 Jun depan bagi proses seterusnya.
Sebelum ini, Adira terkejut apabila bekas suaminya didakwa mengemukakan beberapa syarat untuk membatalkan kes pengesahan rujuk, termasuk menggugurkan saman sivil berkaitan tuntutan hutang serta bayaran tunai sebanyak RM100,000.
Bagaimanapun, Datuk Red tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat termasuk tuntutan wang seperti yang diperkatakan.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember 2015 sebelum berpisah pada April 2024. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sumber: TikTok
The post ‘Betul Ke Minta RM100k Daripada Adira? Jika Pengesahan Lafaz Rujuk Sah, Keluar Mahkamah Saya Nak Lepaskan Dia’ – Datuk Red first appeared on OHBULAN!.





