33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alyph & Syarif ‘Perform’ Bersama Selepas 10 Tahun, Peminat Luah Rasa Rindu – ‘Buatlah Comeback’

    Shopee Sale

    Bekas ahli kumpulan Sleeq iaitu Syarif berjaya mengubat rindu peminat dengan melakukan persembahan istimewa selepas 10 tahun pembubaran kumpulannya bersama sepupu yang juga penyanyi iaitu, Alyph.

    MENARIK:  [VIDEO] Azar Azmi Kongsi Detik Sukar Selepas Dibebaskan – ‘Keluar Dari Situ, Saya Ada RM28 Saja’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Nak Nangis Bergerak Solo’ – Alyph Biarkan ‘Sleeq’ Terkubur, Tiada Perancangan Kembali Dengan Syarif

    Alyph & Syarif nyanyi bersama

    " data-video-id="7531718940389657874" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @themoondusttt

    i’m so happy, i am a fan of SleeQ since 2012 🥹 #Alyph #Syarif #SleeQ #chulopmy @Chulop!MY

    ♬ original sound – Wanaer 🎰 – Wanaer 🎰

    Menerusi perkongsian dibuat seorang pengguna TikTok, Syarif dilihat menyanyikan lagu asalnya bersama Alyph dan penyanyi, Najwa Latif yang berjudul ‘Untuk Dia’.

    Meskipun hanya menyanyikan sedikit bait lirik daripada lagu tersebut, nyanyian Syarif berjaya mengubat rindu apabila kesemua peminat yang hadir menyanyikan lagu tersebut dengan penuh nostalgia.

    Difahamkan, persembahan itu dilakukan khas buat pelanggan yang hadir sewaktu majlis pelancaran restoran pencuci mulut milik Syarif bernama ‘Chulop’ bertempat di TRX, Kuala Lumpur pada Ahad.

    Syarif juga menjemput Alyph untuk menyanyikan beberapa lagu sewaktu majlis perasmian tersebut.

    Komen netizen

    Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian netizen yang rata-ratanya berharap dapat melihat kemunculan semula Alyph dan Syarif sebagai penghibur.

    Sekadar info, kumpulan Sleeq yang terdiri daripada duo sepupu iaitu Alyph dan Syarif mula aktif pada tahun 2005 sebelum mengumumkan pembubaran mereka pada 2015.

    Sumber: TikTok @wanaer

    The post Alyph & Syarif ‘Perform’ Bersama Selepas 10 Tahun, Peminat Luah Rasa Rindu – ‘Buatlah Comeback’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah