Nama kumpulan lelaki ALPHA terus melonjak naik menerusi debut single Mona Lisa (Bang Bang) yang kembali dengan single kedua berjudul P.Ramlee & Saloma.
Artikel Berkaitan: Konsert ‘Dolla Re:Birth The Experience’ Jadi Bukti Kerja Keras Dolla
Artikel Berkaitan: Isteri AC Mizal Titip Kata Semangat, Faham Kepayahan Suami – ’30 Tahun 4U2C Nak Buat Comeback Pun Jadi Isu’
Single kedua

Alpha kini tampil dengan genre muzik berbeza yang merupakan hasil kolaborasi barisan komposer berbakat iaitu Justin Seow, Mohsein Kush dan RFE.
Alpha yang dianggotai oleh Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Araff, Ray-D dan Sky itu melebarkan diskografi mereka dengan lagu berentak yang penuh emosi.
Pelancaran ALPHA adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan Rocketfuel Entertainment untuk mengangkat bakat tempatan dan serantau ke tahap yang lebih tinggi.
Menurut ketua Rocketfuel Entertainment, Sher Leen Wee, Alpha merupakan bukti bahawa bimbingan yang betul mampu menghasilkan karya setaraf antarabangsa.
Kami di Rocketfuel percaya bahawa bakat Asia Tenggara harus diketengahkan dalam acuan tersendiri, dan ALPHA adalah bukti nyata bahawa dengan bimbingan dan platform yang betul, kita boleh menghasilkan bintang setaraf antarabangsa.
Single “P. Ramlee & Saloma” kini boleh dinikmati di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music dan banyak lagi. Lagu ini juga hadir bakal hadir bersama video muzik (MV) rasmi yang boleh ditonton di saluran YouTube @RocketFuelNetwork tidak lama lagi.
The post ALPHA Kembali Dengan Single Kedua Bergenre Balada! first appeared on OHBULAN!.





