34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Along Tampil Dengan Rakaman Audio, Afreena Didakwa Bersedudukan Dengan Bekas Suami

    Shopee Sale

    Pelawak dan pelakon, Along Cham mendakwa bahawa isterinya, Afreena Suhaimi merancang untuk kembali berkahwin dengan bekas suami hasil perkahwinan keduanya.

    Artikel Berkaitan: Along Ada Bukti Afreena Curang – ‘Bekas Suami Dia Pun Bagi Bukti’

    Artikel Berkaitan: Along Kemuka Tiga Punca Jatuh Taklik, Antaranya Afreena Hubungi Bekas Isteri

    Duduk bersekedudukan?

    Ketika ditemui , Along tampil dengan bahan bukti berbentuk rakaman audio yang mendakwa Afreena berlaku curang.

    Audio berkenaan adalah rakaman daripada rakan baiknya sendiri tentang kecurangan dia dengan bekas suami yang bersekedudukan.

    Dia ada rancangan untuk kembali berkahwin selepas mereka cerai talak tiga sebelum ini. Ini juga menjelaskan perkara ini berlaku pelanggaran taklik kerana curang dan menipu.

    Along berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah, Sepang, sebentar tadi.

    Tambahnya, Afreena juga melabel anak-anak ‘merepek’ apabila mereka cuba memberitahu hal sebenar.

    Anak ada cuba maklumkan tapi dia selalu potong. Dia cakap budak-budak merepek.

    Bagaimanapun, Afreena tidak dapat menghadirkan diri pada prosiding yang berlangsung kerana difahamkan atas urusan kerja.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Terima Kasih Tuhan Sudah Beri Kebahagiaan Lagi’ – Jennifer Coppen Tak Boleh Hidup Tanpa Anak & Kekasih

    Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan tarikh 14 dan 18 Ogos bagi prosiding pengesahan lafaz cerai taklik Along dan Afreena.

    Pada prosiding 1 Julai lalu, Along mendedahkan tiga sebab utama jatuhnya lafaz taklik terhadap Afreena pada Julai tahun lalu, termasuk tindakan wanita itu menghubungi bekas isterinya, Zila Saeron.

    Dakwanya, perbuatan tersebut berlaku di kediamannya di Cyberjaya selepas amaran yang diberi tidak dipatuhi.

    Terdahulu, Afreena mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan sejak dua bulan selepas bernikah dan pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Julai 2024.

    Pasangan itu bernikah pada 4 April tahun lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Along dan Afreena. Masing-masing mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu.

    Along sebelum pernah bercerai penyanyi Zila Saeron pada September 2016, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya. Manakala Afreena pula mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertama.

    The post Along Tampil Dengan Rakaman Audio, Afreena Didakwa Bersedudukan Dengan Bekas Suami first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah