Hubungan cinta pelakon Indonesia, Jennifer Coppen dan pemain bola sepak berdarah Belanda-Indonesia, Justin Hubner, sekali lagi mencuri perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jennifer Coppen Bersuara, Dituduh Lupa Arwah Suami Demi Jaga Hati Kekasih – ‘Orang Bersamaku Sekarang Sangat Memahami
Artikel Berkaitan: Jennifer Coppen Dikecam Sambut ‘Birthday’ Dengan Kekasih Baharu, Peminat ‘Backup’ – ‘Dia Berhak Bahagia’
Jennifer, kekasih dan anak
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Jennifer atau nama sebenarnya Jennifer Rochelle Coppen, 24, meluahkan rasa syukur kerana masih dikurniakan dua insan yang paling berharga dalam hidupnya iaitu Justin dan anak perempuannya, Kamari Sky.
Terima kasih ya Tuhan, sudah diberi kebahagiaan lagi. God knew I wouldn’t survive without these two.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan Jennifer bersama Justin serta berharap pasangan ini dapat melangkah ke fasa lebih serius dalam hubungan, memandangkan mereka kini dilihat sering meluangkan masa bersama bak suami isteri.
Namun begitu, hubungan mereka tidak sunyi daripada kontroversi. Sebelum ini, Jennifer pernah menerima kecaman daripada segelintir pihak yang kurang bersetuju dengan percintaannya bersama Justin.
Hal ini kerana Jennifer baru sahaja kehilangan suami, Dali Wassink, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Julai 2024.
Walaupun diuji dengan kehilangan besar dalam hidupnya, Jennifer memilih untuk terus kuat demi keluarganya dan kini meneruskan langkah baharu bersama insan tersayang.
Untuk rekod, Jennifer dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Kamari Sky.
Sumber: Instagram Jennifer Coppen
The post [VIDEO] ‘Terima Kasih Tuhan Sudah Beri Kebahagiaan Lagi’ – Jennifer Coppen Tak Boleh Hidup Tanpa Anak & Kekasih first appeared on OHBULAN!.





