Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berpendapat bahawa soal jodoh tidak perlu dipersoalkan, sebaliknya dia menerima dengan hati terbuka serta diserahkan sepenuhnya kepada ketentuan takdir.
Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Tak Malu Miliki Tangan Macam Orang Tua – ‘Ia Mengingatkan Kepada Ibu Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Kami Beli Slot Tempahan Rembayung Di Threads, Tapi Bila Tengok Semula Akaun Dah Tak Wujud’ – Daiyan Trisha
Terlalu berdikari

Ketika ditemui , Daiyan, 32, mengakui dia tidak pernah berasa sedih atau terlalu memikirkan soal bila jodohnya akan tiba.
Bab jodoh ini bukan baik atau buruk dan saya sendiri tidak persoalkan pun.
Sejujurnya saya tak rasa sedih atau tertanya-tanya bila jodoh saya nak sampai.
Perasaan sedih itu ada sedikit sahaja, cuma mungkin saya dah terbiasa berdikari dan sistem sokongan saya sangat kuat.
Daiyan berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama ‘Anom Suraya’ di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.
Jodoh rahsia Tuhan

Berkongsi lanjut, aktres drama ‘Geng Kampung Pisang 2’ itu berkata sekiranya ada lelaki yang ingin mendekatinya, individu tersebut bukan sahaja perlu ‘bersaing’ dengan dirinya yang sudah terbiasa berdikari.
Malah, lelaki tersebut juga perlu mampu menandingi kekuatan sistem sokongan yang dimilikinya.
Kalau ada lelaki yang datang mengorat, bukan sahaja kena bersaing dengan diri saya yang mampu berdikari tetapi kena berlawan dengan sistem sokongan saya juga.
Mungkin ada sebab Allah bagi saya jodoh lambat, mungkin dia nak bagi betul-betul yang terbaik.
Allah mungkin nak saya layak dapat yang baik dan dia tahu apa yang saya layak.
Dalam pada itu, Daiyan tidak meletakkan sebarang syarat atau kriteria khusus terhadap lelaki yang diidamkan untuk menjadi pasangan hidupnya.
Kalau saya boleh beri sebanyak ini untuk diri sendiri, maka saya nak pastikan jodoh nanti dapat beri lebih daripada itu.
Saya tak tahu lelaki bagaimana yang saya layak, itu rahsia Allah.
Jodoh kita Allah dah tetapkan, mungkin sampai masanya saya akan tahu.
Mungkin yang boleh bawa saya ke jalan lebih baik.
The post ‘Allah Mungkin Nak Saya Layak Dapat Yang Baik’ – Daiyan Trisha first appeared on OHBULAN!.





