Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itu pepatah yang sesuai diberikan kepada pelakon, Mila Mohsin yang dipilih sebagai puteri kedua bagi watak Puteri Gunung Ledang dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM).
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Dipilih Sebagai Puteri Gunung Ledang – ‘Akan Aku Galas Tanggungjawab Gusti Puteri Ini’
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Mahu Hadiri Sesi Uji Bakat Puteri Gunung Ledang The Musical – ‘Tak Salah Mencuba’
Puteri Gunung Ledang
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Mila yang merupakan anak kepada pelakon dan penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina bersama bekas suami, Allahyarham Hani Mohsin telah diperkenalkan sebagai watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah.
Menurut pihak produksi, pemilihan Mila atau nama lengkapnya Hani Karmila Hani Mohsin, 29, dalam naskhah sastera popular itu adalah bersesuaian dengan bakatnya dan merupakan figura yang sangat dekat dengan pementasan tersebut sejak dari usia kanak-kanak lagi.
Sejak kecil dia telah membesar bersama dunia Puteri Gunung Ledang, menyaksikan sendiri cinta, pengorbanan dan magis yang menjadikan kisah ini hidup di hati para pencintanya selama dua dekad.
Dan kini, tibalah waktunya pula untuk melangkah ke dalam legenda itu sendiri. Inilah salah satu Puteri kami, bukan sekadar mewarisi sebuah nama, tetapi membawa denyut rasa, darah dan jiwa yang telah lama menjadi bagian daripada dunia ini.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja selepas pengumuman tersebut dikongsikan pihak produksi.
Dalam masa yang sama, warganet juga menyifatkan bakat seni yang mengalir dalam diri Mila itu sedikit sebanyak akan mengubat kerinduan mereka terhadap lakonan Allahyarham Hani.
Terdahulu, penyanyi Aishah Retno turut diumumkan sebagai pemegang watak Puteri Gunung Ledang, manakala Mimi Fly dan Nadiah Aqilah melakonkan karakter Bayan.
Selain itu, Luqman Hafidz pula diperkenalkan sebagai Sultan Melaka dan Yusuf Hashim memegang watak Gusti Adipati.
Sumber: Threads
The post Netizen Tak Sabar Lihat Mila Mohsin Bawa Legasi Tiara Jacquelina Sebagai Puteri Gunung Ledang – ‘Selayaknya! Sebak Tengok Poster Ini..’ first appeared on OHBULAN!.





