26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Syukri Dedikasi ‘Ya, Abah Saya Security’ Buat Arwah Bapa – ‘Dulu Saya Malu Dia Kerja Pengawal Keselamatan, Kini Saya Bangga’

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sebak selepas menonton filem pendek ‘Ya, Abah Saya Security’ yang diinspirasikan daripada kisah hidupnya bersama arwah bapa, Kamarzaman Kamaludin yang juga pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Isteri Saya Terlalu Baik, Sempurna & Saya Tak Akan Jumpa Perempuan Macam Dia’ – Aliff Syukri

    Artikel Berkaitan: ‘Ahmad Idham, Kita Jiran & Boleh Bincang? Tak Perlu Suruh Saya Pindah Tempat Lain’ – Aliff Syukri

    ‘Ya, Abah Saya Security’

    View this post on Instagram

    A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

    Filem pendek jenama D’Herbs sempena Aidilfitri ini menyelami realiti kehidupan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Syukri bersama bapanya, Kamarzaman.

    Syukri seorang pelajar sekolah rendah mengakui malu dengan pekerjaan bapanya sebagai pengawal keselamatan namun siapa sangka, dia akhirnya sedar bahawa pekerjaan itu sebenarnya adalah punca rezeki yang menampung mereka sekeluarga.

    ‘Ya Abang Saya Security’ menampilkan barisan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Mikael Noah, Niezam Zaidi dan Megat Shahrizal.

    Aliff yang tidak dapat menahan sebak berkata, filem pendek ‘Ya, Abang Saya Security’ ini bukanlah sekadar karya biasa tetapi ia didedikasikan buat arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2019 lalu.

    Saya buat filem pendek ini bukan untuk duit walaupun saya dah laburkan banyak tapi saya nak dedikasikan kepada arwah ayah saya.

    Kepada mereka yang masih ada ibu dan bapa, jangan malu dengan pekerjaan mereka sebab dengan duit itulah yang membesarkan anda.

    Umur saya pun dah 40-an, saya perlu memberi impak baik kepada masyarakat.

    Aliff berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Brandfilm Raya D’Herbs yang bertajuk ‘Ya, Abang Saya Sekuriti’ bertempat di GSC IOI Mall Damansara pada Isnin.

    MENARIK:  Video: Bekas Menantu Zainal Abidin Menyuarakan Ketidakredhaannya Terhadap Perlakuan Mereka yang Melampau Terhadap Dia & Anak-Anaknya

    Momen terakhir bersama arwah

    View this post on Instagram

    A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

    Mengimbas kembali momen bersama arwah, Aliff mengakui terkilan kerana tidak berkesempatan meluangkan lebih banyak masa di saat-saat akhir hayat bapanya itu dek sibuk bekerja.

    Saya menyesal sebab waktu arwah hidup saya tak ‘all out’ dan saya terlalu sibuk meniaga sampai tak sempat nak luangkan masa dengan dia. Saya hanya beri dia duit sahaja. Itu adalah perkara yang ralat.

    12 jam sebelum dia meninggal dunia, dia pandu kereta dari Kuala Selangor selama dua jam nak jumpa saya. Ketika itu keadaan dia dah nazak.

    Meskipun pernah melalui pelbagai ujian dalam hidup, namun Aliff bersyukur dan berbangga kerana dengan cabaran tersebut akhirnya menjadikan dia seorang yang kuat.

    Sebelum ini, bila saya posting di media sosial saya, ramai kata saya gila dan nak kontroversi sebab menghina pengawal keselamatan dan sebagainya. Tetapi sebenarnya itulah realiti kehidupan saya.

    Saya pun pernah melalui kisah pahit tetapi saya bangga kerana ada seorang ayah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan yang saya pernah pandang hina dulu. Disebabkan dia lah menjadikan saya seorang yang kuat.

    The post Aliff Syukri Dedikasi ‘Ya, Abah Saya Security’ Buat Arwah Bapa – ‘Dulu Saya Malu Dia Kerja Pengawal Keselamatan, Kini Saya Bangga’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah