Pelakon, Faezah Elai berjaya mengekalkan berat badan ideal sekitar 43 kilogram meskipun kini berusia 43 tahun.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Ingat Seronok Sangat Ke Jadi Pelakon?’ – Faezah Elai Tak Kenal Pendatang Baharu
Berat 43 Kg

Faezah atau nama penuhnya Noor Faezah Md Elai berkata, antara faktor utama yang membantu mengekalkan berat badannya adalah amalan Intermittent Fasting (IF) yang diamalkan sejak sebelum berkahwin lagi.
Berat saya sekarang adalah 43 kilogram. Saya amalkan IF sejak dulu lagi, sejak zaman anak dara.
Saya sudah terbiasa dengan IF, jadi tidak rasa susah atau terlalu mencabar. Pada awalnya memang agak sukar, tetapi lama-kelamaan saya dapat menyesuaikan diri.
Tambahnya, selain faktor kesihatan, tuntutan kerjaya sebagai pelakon juga mendorongnya untuk mengekalkan bentuk badan yang ideal.
Saya ada anak, jadi badan memang perlu sentiasa fit dan sihat. Tambahan pula sebagai pelakon, penampilan di kaca TV biasanya akan nampak sedikit berisi berbanding saiz sebenar.
Sebab itu, realitinya badan perlu lebih kecil. Kalau orang jumpa saya secara berdepan, mereka akan kata saya kecil dan halus, tetapi di TV nampak seperti tiga kali lebih besar.
Sumber: TikTok
The post Faezah Elai Kekalkan Berat Badan 43 Kg Di Usia 43 Tahun, Amalkan IF Sejak Anak Dara first appeared on OHBULAN!.





