33.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aisar Khaled Miliki 10 Juta Pengikut Indonesia, Mahu Guna Pengaruh Untuk Promosi Baju Melayu Di Negara Seberang

    Shopee Sale



    Aisar Khaled

    Semakin dikenali sehingga digelar ‘sultan’ di Indonesia, selebriti media sosial, Aisar Khaled mahu menggunakan pengaruh dan peluang yang ada untuk mempromosikan baju Melayu di negara seberang.

    Promote baju Melayu

    Aisar Khaled

    Aisar, 25, yang juga duta Elrah Exclusive berkata, dia akan memperkenalkan baju kebangsaan di negara tersebut dan berharap diterima baik.

    Apabila dilantik sebagai duta, saya ambil peluang ini untuk gunakan pengaruh yang ada di Indonesia untuk promosikan baju kebangsaan Malaysia di sana.

    Jenama Elrah sudah cukup dikenali di Malaysia dan diterima baik, jadi ini peluang untuk kembangkan dan lebarkan sayap pula ke Indonesia. Saya pun semakin terkenal di Indonesia.

    Masyarakat Indonesia setiap kali Syawal mereka lebih gemar pakai jubah dan kurta, pemakaian baju Melayu tiada.

    Saya bawa nama Malaysia dan dalam masa sama bawa budaya negara ke negara jiran.

    Aisar berkata demikian ketika ditemui di sesi penggambaran koleksi raya Elrah Exclusive yang diadakan di Semenyih, pada Khamis.

    MENARIK:  Anak Sahkan Rozita Ibrahim Sudah Kahwin Baru – ‘Mereka Nikah Secara Halal & Perlu Diraikan’

    Pikul tanggungjawab

    Aisar Khaled

    Menganggarkan memiliki seramai 10 juta pengikut dari Indonesia, Aisar bagaimanapun mengakui tidak mudah memikul satu tanggungjawab besar sebagai ‘public figure’ yang membawa nama Malaysia.

    Saya akui ada sedikit tekanan untuk bawa nama Malaysia dan promosi baju Melayu di sana, kerana sebagai ‘public figure’ saya perlu tunjukkan contoh yang baik.

    Saya perlu menjaga karakter dan imej saya, itu adalah tanggungjawab yang besar untuk digalas.

    Berkongsi mengenai pemilihan sebagai duta Elrah Exclusive, Aisar meluahkan rasa gembira.

    Jujur saya katakan, banyak brand yang tawarkan kepada saya, namun saya pilih Elrah. Kenapa? Sebab Elrah ada satu nilai tersendiri yang saya nampak. Bukan soal bayaran, itu nombor dua.

    Fun fact, dulu ketika usia 18 tahun, saya merupakan ejen atau dropship jenama ini. Alhamdulillah sekarang dipilih jadi duta. Semua itu rezeki dari Allah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah