28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rozita Che Wan Terima Menantu, Anak Sulung Kini Bergelar Suami

    Shopee Sale

    Anak sulung kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Auni Ikhwan, pada Jumaat.

    Artikel Berkaitan: ‘Masa Abang Bukan Lagi Milik Aaisyah Seorang’ – Rozita Che Wan

    Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Risau Tetamu Tak Ikut Tema Warna, Pilih ‘All White’ Majlis Kahwin Anak – ‘Kalau Tiada Handbag Putih, Tak Payah Bawa’

    Rozita Che Wan terima menantu sulung

    Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh wali pengantin perempuan, Ikhwan Hashim, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang turut disaksikan Penolong Pendaftar Nikah & Imam Masjid Damansara Perdana, Ustaz Abdus Salam Mahmud di GlamHall Damansara kira-kira jam 8.41 malam.

    Majlis yang bertemakan ‘Garden Wedding’ itu dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

    Ammar menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 selain wang hantaran berupa jongkong emas. Kedua-dua mempelai turut berbalas tujuh dulang hantaran, manakala upacara membatalkan air sembahyang diserikan dengan cincin berlian 1.8 karat.

    Suasana menjadi sebak apabila Rozita dilihat tidak dapat menahan perasaan ketika melepaskan anak sulungnya melangkah ke alam rumah tangga. 

    Tetaplah bersama walau dalam keadaan tak sempurna dan apa sekalipun. Moga Ammar dapat menjadi suami yang melindungi dan bukannya ‘bossy’. 

    Buat Auni, jadilah isteri yang mendampingi dan tidak sekadar menemani. Dalam berumahtangga ini, Ammar dan Auni kenalah berpegangan tangan dalam setiap keadaan. Janganlah melepaskan pegangan tangan itu di kala susah atau berdepan kegetiran. 

    Dalam perkahwinan ini, kebahagiaan bukan mengenai pasangan yang tak diuji. Tetapi, pasangan yang bersama walaupun diuji.

    Rozita turut berharap Ammar dan Auni lebih bersedia berdepan realiti rumah tangga.

    Dalam hidup ini apatah lagi berumahtangga, pasti tak lepas diuji. Namun, cubalah untuk terus utuh di sisi masing-masing. Ada orang cakap tahun pertama, kedua dan seterusnya akan manis dan indah. 

    Namun apabila sudah lama dan diserikan dengan kehadiran anak pula, pasti ada pelbagai ragam dan ujian. Tapi cubalah untuk terus bertolak ansur dan memahami. Perkahwinan ini bukan seperti menukar pakaian.

    Nescaya, akan timbul perkara tak diundang. Tapi jangan sesekali fikir jalan mudah untuk lari daripada apa saja godaan serta cabaran. Moga mereka akan sama-sama mewarnai keharmonian rumah tangga dengan penuh Sakinah, mawaddah dan warahmah.

    Pasangan pengantin turut tampil anggun dalam persalinan serba putih rekaan busana Man Kajang yang digayakan oleh Ammar, sementara Auni pula menyerlah kejelitaan dalam persalinan  Zaimi Zulkifly.

    MENARIK:  Uyaina Arshad Dedah Kereta Ibu Bapa Mentua Dihentam Suspek Buruan Polis

    Majlis turut diserikan dengan Ahmad Fedtri Yahya bertindak sebagai pengerusi majlis. Selain bacaan doa oleh Pencetus Ummah (PU) Amin 

    Terdahulu,  pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 25 Oktober tahun lalu. Ammar kini menyandang tugas sebagai pegawai di sebuah premis bank, Manakala Auni bekerja di sebuah syarikat dalam bidang pemasaran.

    Pada esok malam pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis bertemakan Black Tie di sebuah  hotel di I-City Shah Alam. Majlis bertandang pula dijadualkan berlangsung pada 4 Julai depan.

    The post Rozita Che Wan Terima Menantu, Anak Sulung Kini Bergelar Suami first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah