32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Alhamdulillah, Saya Diberi Peluang & Diizinkan Menjadi Seorang Suami’ – Jazmy Juma Selamat Bernikah 

    Shopee Sale

    Pelakon Jazmy Juma kini sah bergelar suami selepas melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Farah Athirah Rozman dalam satu majlis yang diadakan pada pagi Sabtu.

    Artikel Berkaitan: Jazmy Juma Dah ‘Ready’ Jawab Soalan Tentang Jodoh, Akui Teringin Bawa Kekasih Beraya Di Kampung 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Hilang Sabar, Mohon Hormati Kehidupan Peribadi – ‘Saya Terpaksa Bersuara’

    Jazmy Juma sah bergelar suami Farah Athirah

    Memetik laporan Mstar, majlis akad nikah itu disempurnakan oleh Ustaz Haffizan Ibrahim dengan lafaz wali diwakilkan kepada abang pengantin perempuan, Muhd Azmeer Rozman.

    Bertempat di Dewan Seri Seroja, Putrajaya, pasangan tersebut memilih untuk mengadakan majlis secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.

    Dalam majlis berkenaan, Jazmy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM555, manakala jumlah wang hantaran tidak didedahkan kepada umum.

    MENARIK:  Gadis Serik Tarawih Di Masjid Diterima Menjadi Isteri Kedua Ustaz - 'Saya Mampu Menjadi Imam dan Berlaku Adil'

    Mengulas mengenai fasa baharu kehidupannya, Jazmy, 31, meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dipertemukan jodoh dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami.

    Selepas sekian lama, Alhamdulillah sekarang saya sudah diberi peluang dan diizinkan oleh Allah untuk menjadi seorang suami.

    Kenapa kita nak kena takut peminat hilang? Saya tahu semua peminat saya akan sentiasa memberikan sokongan.

    Sementara itu, Jazmy turut berkongsi bahawa perkenalan mereka bermula secara tidak dirancang melalui media sosial sekitar tahun 2020 sebelum hubungan itu berkembang menjadi lebih serius.

    Kami berkenalan di media sosial, kami sering berbalas mesej jadi berkawanlah sampai sekarang.

    Sumber: Mstar

    The post ‘Alhamdulillah, Saya Diberi Peluang & Diizinkan Menjadi Seorang Suami’ – Jazmy Juma Selamat Bernikah  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah