Bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh akhirnya berkongsi wajah anak perempuannya, Elaine Nada, buat kali pertama kepada umum bersempena ulang tahun kelahiran pertama si kecil itu.
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Rayu Shuk Sahar Jadi Bapa Bertanggungjawab, Dedah Nafkah RM400 Tak Cukup Untuk Anak – ‘Bukan Ke Kau Hidup Mewah?
Fara Salleh kongsi wajah anak
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Fara meluahkan rasa syukur dan sebak melihat perkembangan anaknya yang kini genap setahun.
Dalam perkongsian sama, Fara turut menyifatkan Nada sebagai anugerah istimewa yang melengkapkan hidupnya.
Satu benda yang mommy selalu pegang sampai hari ini, Nada tak pernah kurang apa-apa. Dari hari pertama lagi, awak dikelilingi dengan terlalu ramai orang yang sayang, ambil berat dan sentiasa doakan yang terbaik untuk awak.
Fara turut berkongsi detik ketika berdoa di depan Kaabah sewaktu menunaikan umrah kali kedua, memohon agar dikurniakan kebahagiaan dan teman seumur hidup.
Sebelum Nada hair dalam hidup mommy, mommy pernah berdoa depan Kaabah minta Allah supaya kurniakan seseorang yang boles jadi kebahagiaan dan teman mommy seamer hidup.
Dan Allah bagi lebih daripada apa yang mommy minta. Allah bagi mommy awak.
Fara turut menzahirkan rasa syukur kerana bergelar seorang ibu kepada Elaine Nada, yang disifatkan sebagai antara perkara terbaik dalam hidupnya.
Terima kasih sebab jadi anak yang sentiasa buat hidup mommy lebih bermakna. Terima kasih sebab jadi sebab mommy nak jadi lebih kuat, lebih baik dan lebih bersyukur setiap hari.
Setahun dah berlalu, dan satu perkara yang pasti… menjadi mommy kepada Elaine Nada adalah antara perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mommy. Happy 1st Birthday, my answered prayer.
Fara turut mendoakan agar anaknya sentiasa dilindungi Allah SWT daripada segala keburukan.
Sumber: Instagram Fara Salleh
The post Usia Genap Setahun, Fara Salleh Kongsi Wajah Anak – ‘Elaine Nada, Terima Kasih Buat Hidup Mommy Lebih Bermakna’ first appeared on OHBULAN!.





