Seorang rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Amerika Syarikat berkongsi pengalaman menghadiri kejohanan Piala Dunia.
Artikel Berkaitan: Cristiano Ronaldo Buktikan Pengkritik Silap, Ledak Dua Gol & Cipta Sejarah Baharu World Cup 2026
Artikel Berkaitan: World Cup 2026: Gol Messi Cipta Rekod Penjaring Terbanyak Piala Dunia Sepatut Tidak Dikira
Syarat World Cup
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Aiman Amerika berkongsi pengalamannya menghadiri perlawanan bola sepak antara England dan Croatia.
Pada hantaran yang sama, Aiman turut berkongsi satu peraturan di Piala Dunia yang dianggap pelik apabila penonton dibenarkan membawa masuk air minuman, namun penutup botol tidak dibenarkan.
Tadi masa dekat security, mereka cakap boleh bawa masuk botol air tapi tak boleh bawa penutup.
Jadi semua orang bawa air tanpa penutup.
Ramai baru tahu




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tertanya-tanya mengenai peraturan tersebut. Selain itu, ada yang berpendapat larangan membawa masuk penutup botol dibuat bagi mengelakkan disalahgunakan sebagai senjata.
Sumber: TikTok @AimanAmerika
The post [VIDEO] Individu Kongsi Peraturan Pelik Piala Dunia – ‘Botol Air Boleh Bawa Masuk, Penutup Tak Boleh’ first appeared on OHBULAN!.





