Pelakon Irfan Zaini mengakui ibunya pada awalnya kurang bersetuju dia menceburi dunia lakonan kerana menganggap bidang itu sekadar hobi dan bukan kerjaya yang mempunyai masa depan.
Artikel Berkaitan: Irfan Zaini Mahu Cuba Watak Lelaki Lembut, Tak Kisah Cukur Jambang – ‘Tak Ada Orang Akan Percaya Saya Boleh Bawa’
Artikel Berkaitan: Irfan Zaini Bangga Jadi Sebahagian Filem Terakhir Vijay, Lapan Kali Terbang Ke India Cari Peluang – ‘Duit Simpanan Saya Habis’
‘Mak fikir lakonan macam hobi je’

Ketika ditemui , Irfan atau nama lengkapnya Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 30, berkata keluarganya yang berpegang teguh pada ajaran agama, menyebabkan ibunya tidak begitu gemar melihat dia berlakon.
Mak saya, keluarga saya semua orang alim sikit. Solat lima waktu, baca Yasin pada malm Jumaat dan sebagainya. Jadi mereka tak tengok drama sangat.
Mak saya memang tak suka, pantang saya ada dalam filem. Tak kisah drama macam mana pun, watak baik ke jahat, dia tak suka saya berlakon.
Irfan berkata demikian ketika ditemui di acara Viewing Party drama Luka Di Hujung Rindu yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada malam Khamis.
Dalam masa sama, pelakon filem Blood Brothers ini berkata meskipun ibunya sehingga kini masih belum yakin bahawa bidang lakonan mampu menjadi kerjaya tetap, tetapi dia tetap bersyukur kerana wanita itu kini sudah mula menerima minat dan pilihannya.
Sampai sekarang dia tak okay. Dia fikir lakonan ni macam hobi je. Sekejap je, nanti in future dia tak akan ada.
Tapi lama-kelamaan dia sedar yang benda ni lah buat saya gembira. Benda ni lah buat saya bahagia, so dia pun okay lah, dia lepaskan.
Saya kalau boleh nak lakonan ni jadi karier saya. Sebab saya boleh nampak rakyat Malaysia bagi sokongan yang gemuruh, saya tak nak membazirkan.
Menurut Irfan lagi, ibunya turut berpesan supaya dia lebih berhati-hati dalam memilih watak kerana bimbang pandangan orang ramai terhadap keluarga mereka.
The post ‘Mak Tak Berapa Suka Saya Berlakon, Tak Kisah Watak Baik Atau Jahat’ – Irfan Zaini first appeared on OHBULAN!.





