Seorang pekerja hospital di Budapest, Hungary ditahan pihak berkuasa selepas disyaki menyimpan dan memakan pelbagai anggota badan manusia.
Artikel Berkaitan: Tak Jatuh Dari Bot Tapi Dibunuh? Kes Kematian Tangmo Nida Kembali Hangat, Wujud Dakwaan Pemalsuan Bukti
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kes Tikam 61 Kali: ‘Suspek Guna Kereta Ayah Untuk Bunuh Mangsa, Empat Kali Cuci Nak Hilangkan Kesan Darah’ – Ketua Polis Kelantan
Makan anggota badan manusia?

Lelaki berusia 30 tahun itu diberkas oleh Biro Siasatan Kebangsaan Hungary pada Rabu lalu atas dakwaan menggunakan dan memiliki mayat secara haram.
Hasil pemeriksaan di kediamannya, polis menemui pelbagai bahagian tubuh manusia yang disimpan dalam keadaan berasingan, termasuk wajah yang telah diawet, kulit muka, bahagian bawah kaki, otak, tangan, beberapa tengkorak, tulang serta sebuah balang yang mengandungi organ yang dipercayai jantung.
Bagaimanapun, pakar forensik masih menjalankan ujian bagi mengesahkan sama ada organ yang ditemui itu milik manusia atau haiwan.
Ketika disoal siasat, suspek mengaku mempunyai minat luar biasa terhadap anggota badan manusia dan mendakwa pernah memakan sebahagian daripadanya.
Menurut polis, suspek bekerja sebagai petugas yang menguruskan pemindahan pesakit di sebuah hospital di Budapest. Dia juga dikatakan meminati bidang anatomi dan patologi selain gemar membedah haiwan.
Siasatan awal percaya sebahagian anggota badan tersebut dicuri dari hospital tempat suspek bekerja, manakala selebihnya dipercayai diambil dari tanah perkuburan terbiar di Hungary serta negara jiran, Slovakia.
Pihak berkuasa kini sedang mengenal pasti identiti pemilik anggota badan terbabit dan lokasi sebenar ia diperoleh.
Difahamkan, suspek tidak menyembunyikan minat peliknya daripada ahli keluarga dan rakan-rakan, malah pernah menunjukkan koleksi tulang miliknya serta merakam gambar sebagai simpanan.
Sumber: New York Post
The post Lelaki Mengaku Simpan & Mak*n Anggota Badan Manusia, Curi Mayat Dari Hospital & Kubur first appeared on OHBULAN!.





