32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Johor: Proses penamaan calon lancar tanpa sebarang insiden

    Shopee Sale

    Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di semua 56 pusat penamaan calon, setakat ini lancar tanpa sebarang insiden yang mengganggu ketenteraman awam.

    Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian atau insiden yang boleh menjejaskan kelancaran proses berkenaan.

    “Saya berharap proses penamaan calon ini terus berjalan lancar sehingga pengumuman dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya pada sidang media selepas meninjau proses penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Dato Onn, di Johor Bahru hari ini.

    Ab Rahaman berkata sebanyak 4,832 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran proses berkenaan.

    Dalam pada itu, katanya setakat hari ini, polis telah meluluskan sebanyak 26 permit kempen di seluruh negeri dan menjangkakan lebih banyak permit penganjuran ceramah umum akan diluluskan, berdasarkan penilaian Ketua Polis Daerah.

    MENARIK:  Zafrul mungkin jadi penasihat bertaraf menteri, seloroh KJ

    Beliau berkata tempoh berkempen akan berlangsung selama kira-kira dua minggu selepas proses penamaan calon dan berakhir pada 11.59 malam, 10 Julai.

    Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan semua parti politik dan calon yang bertanding supaya berkempen secara berhemah serta mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya jika tidak mahu dikenakan tindakan.

    “Jangan timbulkan apa-apa situasi yang boleh mengganggu atau menggugat keselamatan dan ketenteraman awam di Johor.

    “Kami bersedia menghadapi segala kemungkinan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang boleh mengancam atau menggugat perjalanan kempen,” katanya.

    SPR menetapkan 7 Julai sebagai pengundian awal dan 11 Julai hari pengundian.

    Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah