Pelakon Zara Zya mendedahkan drama Luka Di Hujung Setia menjadi kali pertama dan terakhir buat dirinya membawakan watak ‘penyondol’.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Semua Orang Dalam Industri Tak Baik, Setiap Pekerjaan Ada Dark Side’ – Zara Zya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Situasi Itu Menakutkan’ – Zara Zya Bongkar Sisi Gelap Industri Hiburan, Terkejut VVIP Tunggu Dalam Bilik Hotel
Zara Zya tak nak bawa watak penyondol

Menurut Zara, watak Dhiya merupakan antara karakter paling mencabar pernah dilakonkannya sehingga membuatkan dia berfikir panjang sebelum menjayakan beberapa babak penting dalam drama tersebut.
Ini kali pertama dan terakhir bawa watak penyondol macam ni. Lepas ni, insya-Allah tak adalah.
Bukan takut untuk dibenci oleh peminat atau sesiapa, tapi ini untuk diri saya sendiri.
Watak Dhiya ini sebenarnya agak berat untuk saya bawa.
Zara berkata demikian ketika ditemui di acara ‘Viewing Party’ drama Luka Di Hujung Rindu yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada malam Khamis.
Dalam pada itu, Zara berkata dia sudah menjangkakan akan menerima pelbagai reaksi daripada penonton sebaik episod berkenaan ditayangkan.
Malah pelakon berusia 40 tahun ini juga memahami kekecewaan segelintir peminat dan memohon maaf sekiranya ada yang kurang senang.
Apa-apa pun saya terima dengan hati yang terbuka. Saya faham, saya okey saja. Tapi bagi saya, kalau saya tidak melakukan adegan tersebut, cerita ni tak jadi seperti yang ingin digambarkan.
Scene tu memang kena buat, tapi bagi saya tidaklah terlalu keterlaluan, masih lagi ada batasan tertentu.
Untuk sesiapa yang kecewa, Zara minta maaf, minta ampun sangat-sangat. Tontonlah drama ini dengan secara positif.
Ditanya mengenai kecaman yang diterimanya, Zara menyifatkan perkara itu sebagai lumrah seorang pelakon, malah menganggap ia membuktikan watak Dhiya berjaya meninggalkan impak kepada penonton.
Bagi saya, dikecam atau tidak, itu nombor dua sebenarnya. Tapi adakah rating drama ini naik?
Kemudian menjadi bualan di media sosial. Kadang-kadang kita watak baik pun orang kecam juga.
Sekarang ni apa-apa pun, saya okey sahaja. Ramai juga yang happy bila Zara bawa watak ni sebab diorang nak tengok sisi lain Zara Zya.
Selain Zara dan Irfan, drama Luka Di Hujung Setia dibintangi Datuk Adi Putra, Angella Joliey, Anne Abdullah, Lisdawaty, Cahaya Nilam dan Puteri Khareeza.
The post ‘Ini Kali Pertama & Terakhir Saya Bawa Watak Penyondol..Bukan Takut Dibenci Tapi Untuk Diri Saya Sendiri’ – Zara Zya first appeared on OHBULAN!.





