26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ahli Keluarga Tahu Apa Yang Berlaku, Bukan Faktor Kesihatan’ – Siti Nurhaliza

    Shopee Sale

    Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi tidak berasas terhadap anak saudaranya, Amad Dayyan yang tiba-tiba mengalami masalah kesihatan sebelum membuat persembahan di malam Grand Finale program Talk To My Manager.

    Artikel Berkaitan: ‘Kesihatan Amad Tiada Masalah, Cuma Sebelum Buat Persembahan Mungkin Alami Ketidakselesaan’

    ‘Takdir menentukan’

    Menerusi hantaran di Instagram, Siti, 46, memberitahu sewaktu sesi raptai, Amad berada dalam keadaan baik dan bersedia sepenuhnya untuk membuat persembahan bersama penyanyi Nadeera.

    Sesi latihan Amad Dayyan bersama Nadeera berjalan dengan baik. Amad berada dalam keadaan sihat, cergas dan benar-benar bersedia untuk persembahan. Namun, takdir menentukan sebaliknya pada malam Grand Finale.

    Tambah pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu, keluarganya mengetahui situasi sebenar yang menimpa Amad dan menegaskan apa yang terjadi bukan berpunca daripada masalah kesihatan mahupun tekanan daripada komen netizen.

    Sebagai ahli keluarga, kami tahu apa yang sebenarnya berlaku. Bukan disebabkan faktor kesihatan, komen-komen netizen atau keletihan.

    Tetapi sebagai manusia biasa, kita percaya ada perkara yang berlaku di luar jangkaan dan di luar logik akal, namun itulah hakikat kehidupan.

    Dalam masa sama, Siti turut berharap agar orang ramai menghormati privasi Amad dan keluarganya buat masa sekarang.

    Bagi mereka yang berada di lokasi, pasti tahu apa yang terjadi. Demi berlaku adil kepada Amad, kami harap tiada pelbagai andaian dibuat kerana hanya mereka yang menyaksikan sendiri memahami situasinya.

    Begitulah, setiap daripada kita berdepan cabaran tersendiri, apatah lagi dalam dunia seni ini. Apa pun, perjalanan masih panjang dan peluang masih terbuka luas.

    Terdahulu, Amad gagal menyempurnakan persembahannya menerusi lagu Bukan Karena Cinta dan Bukan Lagi Kita pada malam Grand Finale TTMM yang berlangsung pada malam Ahad di Shah Alam.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya & Suami Baik-Baik Sahaja’ – Kaka Azraff Tak Mahu Terlalu Berkongsi Kisah Rumah Tangga

    Sejurus selepas itu, pasukan perubatan mengesahkan tiada sebarang masalah kesihatan dialami Amad dan tidak tahu punca kanak-kanak berusia 13 tahun itu tiba-tiba sakit.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Ahli Keluarga Tahu Apa Yang Berlaku, Bukan Faktor Kesihatan’ – Siti Nurhaliza first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah