
Pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan dirinya belum handal menguruskan puteri sulungnya, Imane Lunara seorang diri.
Bantuan dari ibu
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Intan atau nama sebenarnya Datin Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata dia banyak meminta bantuan daripada ibunya.
Bila Lunara menangis, saya masih tak tahu nak handle.
Ibu saya banyak tolong.
Bila Lunara bangun, dia nak susu.
Setiap dua jam. Memang penat.
Bayar pembantu

Berkongsi lebih lanjut, Intan akui membayar pembantu untuk membantunya menguruskan Lunara.
Menurutnya, dia mengikut giliran dengan pembantu dan memberi lebih fokus pada waktu malam.
Saya ikut giliran dengan pembantu.
Mereka banyak tolong saya.
Pembantu saya ada shift. Siang dan malam.
Sebab kalau tiada shift, susah. Malam kita nak dia fokus jaga Lunara sebab takut tertidur.





